Apa Dalam Dakapan Daiyan Trisha
Daiyan

Apa Dalam Dakapan Daiyan Trisha

Daiyan Trisha dedikasikan 2024 buat karya muziknya yang menceritakan bait-bait cinta dan nista yang terbuku di segenap relung jiwanya. 

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau lebih dikenali sebagai Daiyan Trisha ini dilihat jauh lebih matang dalam mengatur tutur katanya kala sesi temubual bersama GLAM. Masih segar diingatan saya, kira-kira hampir 10 tahun lalu sewaktu menemurahnya khas buat wajah GLAM. Tetapi waktu itu dia berkongsi dengan gadis-gadis ‘It Girls’ yang lain. Daiyan waktu itu masih hijau dalam industri seni tanah air, siapa sangka empunya diri disimbahi dengan percikan kemasyhuran tahun demi tahun. Dia menjadi kebanggaan tanah air apabila menjadi wajah kepada banyak jenama terkenal baik fesyen mahupun produk kecantikan.

2024 Adalah Masa Daiyan Trisha Kembali Bermuzik

Benar kata orang-orang tua, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.” Daiyan mula menyanyi di YouTube sewaktu berusia 16 tahun lagi. Waktu itu dia sudah mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Dia juga dikenali dengan gadis yang bersuara harmoni menyanyi sambil jari-jemarinya menari memetik gitar. Siapa sangka bermula dengan bakat menyanyi, dia kini selain bergelar penyanyi adalah seorang pempengaruh fesyen, pelakon dan juga penulis buku puisi.

daiyan

pengarang fesyen  JOHAN KASSIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar CHUAN LOOI solekan KHIR KHALID dandanan JUNO KO teks HANNA B.

“Pernahkah masa kecil you bayangkan yang you akan menjadi seorang yang terkenal?” Tanya saya ingin tahu, Daiyan tertawa sebaik mendengar soalan saya, “Tidak sama sekali, cuma sewaktu kecil saya selalu impikan mahu kehidupan saya seperti Disney Princess, adalah fairy tale di situ…hahaha!” jawabnya. Sepanjang 11 tahun serius dalam industri tanah air, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk ‘Cinta Suka Sayang Kamu’, ‘Kita Manusia’ dan ‘If I’. Dan yang paling mendapat sambutan adalah single dalam genre balada, ‘Penat’ pada tahun 2021. Daiyan Trisha dedikasikan 2024 adalah tahun untuk dia berkarya dalam seni muziknya. Daiyan mengambil Keputusan untuk kembali aktif dalam bidang muzik selepas berehat selama tiga tahun. Pelakon High Council ini baru sahaja keluarkan lagu terbarunya yang berjudul ‘My Home Is In Your Arms’. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya dari Daiyan Trisha sendiri. Istimewa Marqeen menjadi bintang hero berganding dengannya dalam video klipnya ini.  “Lagu ‘My Home Is In Your Arms’ ini jika didengari kali pertama, orang akan ingatkan ianya lagu cinta, tetapi jika kita mengamati liriknya ia adalah lagu putus cinta. Saya tulis lagu ini ketika saya patah hati dan ingin memujuk ‘si dia’. If every artist has a heart break album, this is mine. The mood of this song is going to be romantic but dystopian.” ujarnya lagi disebalik kisah penulisan lagunya ini.

See also
Sudah 4 Tahun Bersama? Kenali Mimi Lana Pujaan Hati Syafiq Kyle Yang Menawan

Daiyan yang bakal melancarkan albumnya pada Ogos ini teruja berkongsi yang dia banyak berkolaborasi dengan teman-teman kreatif industri. “Buat video klip ‘My Home Is In Your Arms’ saya memilih Nadhir Nassar sebagai tuan direktornya!” kongsi Daiyan. Apa yang pasti setiap bait lirik ditulis oleh Daiyan sendiri. Ditanya adakan dia berduet dengan sesiapa untuk albumnya ini, Daiyan berat menjawab tetapi menjawab ‘ya’ dengan senyuman teruja.

daiyan

“Istimewanya buat album ini, saya banyak berkarya dengan rakan-rakan kreatif, It’s great that we have got the chance of working together in this industry,” sambung penulis lagu ini. Daiyan sudah mula mengumpul muzik baharu buat album ini sejak 2019 lagi. “Total semuanya ada 11 buah lagu. Kalau tahun 2022 I am a fashion girl, tahun 2023 saya sibuk dengan lakonan, 2024 saya dedikasi pada cinta terulung saya yakni muzik. This year, most of my time I am busy in the studio working on music. Sayalah Pengarah Kreatif buat semua lagu dan muzik yang dikeluarkan. Saya tentukan genre muzik yang saya dambakan, visual, dan jalan cerita dalam video klip. Saya selesa mendominasi segala keputusan kreatif kerana saya yakin dan percaya dengan firasat diri.”

See also
Chanel 19 bersama tiga dewi, Siapakah Mereka?

Melihat dirinya yang serba boleh dan amat kreatif, saya ingin tahu dari mana Daiyan mendapat ilham untuk berkarya dalam kerja-kerja seninya. “My art is derived from the art that I consumed, melalui muzik, penulis-penulis lagu, filem, lawatan ke muzium, mengembara dunia, bermain instrumen muzik, fesyen, melukis dan juga pengalaman- pengalaman hidup peribadi saya. Saya cantumkan semua elemen dan hasilkan sebuah karya.”

Mendukung Moral Diri

Kebelakangan ini nama Daiyan Trisha antara nama artis tempatan yang tersenarai tidak Pro kepada kezaliman di Palestin. Saat disoal berkaitan isu ini, empunya diri tidak cepat melatah dan jawab dengan penuh tenang.

“Bagi saya, gerakan ‘Block Out’ ini adalah sangat bagus, dan saya akui saya manusia biasa yang cepat lalai, mungkin hantaran saya mengenai Palestin tidak sekerap dahulu, dan netizen cop saya sebagai itu dan ini. Berkaitan nama saya antara yang hangat diperbahaskan di media sosial. It didn’t affect me as much as I thought it would, because I think along the years I have built a kind of resilience. Saya tidak boleh menutup mulut orang, sebaliknya cukuplah Allah SWT tahu niat saya, dan keluarga tahu apa yang saya perjuangkan. Dalam senyap, saya juga terus menderma agar dapat membantu kelangsungan hidup saudara kita di bumi Palestin.”

See also
Serum Lancôme Advanced Génifique kini #TestedForLife

Ada tak perasaan sedikit rasa sayang melepaskan jenama-jenama besar ini?” tanya saya ingin tahu. “It’s a very hard decision…”

 

Baca kisah penuh Daiyan Trisha dengan mendapatkan majalah GLAM isu Jun/Julai 2024 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.