Destinasi Gaya Express Louis Vuitton

Destinasi Gaya Express Louis Vuitton

Beg tangan Express dari Louis Vuitton menggabungkan keanggunan, fungsi dan semangat pengembaraan dalam satu rekaan yang moden dan versatil.

Bagi koleksi Louis Vuitton Musim Luruh/Sejuk 2025–2026, jenama mewah ini kembali meraikan DNA asalnya iaitu seni mengembara. Inspirasi kali ini datang daripada suasana klasik di stesen kereta api, tempat bertemunya wajah asing, hingga cinta yang singkat namun bermakna. Dunia perjalanan ini menjadi inspirasi koleksi terbaru, Express.

Direka oleh Nicolas Ghesquière, Pengarah Artistik Koleksi Wanita Louis Vuitton, Express menggambarkan gaya hidup moden yang sofistikated, feminin dan praktikal. Ia merupakan penghormatan kepada beg ikonik Speedy, yang asalnya dikenali sebagai “Express” pada era 1930-an.

Gaya elegan dan anggun dengan Express

Dengan rekaan lembut, fleksibel dan tali badan yang menyerlahkan siluet klasik Keepall, beg ini hadir sebagai pilihan versatil dan penuh keanggunan. Material seperti kulit bijian berkualiti tinggi dan beludru kulit lembut menyerlahkan siluet klasik yang anggun dan kekal relevan sepanjang masa.

See also
PINK POWER! 5 Produk Warna Pink Yang Hangat Sekarang

Ciri-ciri ikonik Louis Vuitton seperti Monogram Canvas pada pemegang dan key bell, kunci emas ikonik, serta lapisan dalam bermotif jacquard Monogram. Semua ini menambah sentuhan keanggunan yang tidak berlebihan.

Express hadir dalam tiga saiz dengan warna-warna yang feminin dan sofistikated: Hitam, Hazelnut, Mahogany, Taupe, serta gabungan dua warna menarik Ivory dan Olympe Blue. Pilihan tali pemegang dan tali silang juga memberi fleksibiliti untuk digayakan mengikut cita rasa sama ada di tangan, di bahu atau secara silang badan.

Express bag mm dalam saga calf leather dengan Monogram Jacquard Lining

Express bag mm dalam suede noisette dengan Monogram Jacquard Lining

Express bag mm dalam ivory grained calf leather dan Olympe Blue Lining

Express bag mm dalam smoke grainy calf leather dengan Monogram Jacquard Lining

Dengan Express, Louis Vuitton mengajak anda merasai kemewahan bergerak dalam gaya, satu pelengkap sempurna untuk wanita moden yang tidak hanya berjalan, tetapi mencipta jejak.

Artikel Berkaitan: Segalanya Tentang Pertunjukan Fesyen Cruise 2026 Louis Vuitton

See also
Kitaran Fesyen dan Evolusi Gaya Masa Kini

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.