Gala AmfAR Cannes Dipersembahkan Chopard Kumpul Lebih USD 17 Juta
Gala amfAR Cannes edisi ke-31 yang dipersembahkan oleh Chopard berjaya mengumpul lebih USD 17 Juta untuk penyelidikan AIDS
Malam glamor di Hotel du Cap Eden Roc, Antibes telah menyaksikan pencapaian luar biasa apabila Gala amfAR Cannes edisi ke-31 berjaya mengumpulkan lebih $17 juta (kira-kira RM78 juta) untuk program penyelidikan AIDS. Acara ini dihoskan oleh pelakon terkenal Taraji P. Henson dan menampilkan persembahan memukau daripada Duran Duran, Ciara dan Adam Lambert. Chopard bertindak sebagai Penaja Utama acara ini.

Lena Mahfouf
Senarai tetamu VIP yang hadir memberi sokongan termasuk Leonardo DiCaprio, Spike Lee, Colman Domingo, Heidi Klum, Jeff Bezos, Lauren Sánchez, dan ramai lagi personaliti terkenal Hollywood. Kehadiran mereka menambahkan prestij kepada acara amal yang telah berlangsung selama tiga dekad ini.

Karolina Kurkova
Ciara memulakan malam tersebut dengan persembahan medley hits ikoniknya termasuk “Goodies,” “1,2 Step” dan “Level Up.” Sementara itu, Adam Lambert mengejutkan penonton dengan persembahan istimewa bersama Roger Taylor dari Queen, menyanyikan lagu-lagu hits seperti “Under Pressure” dan “Another One Bites the Dust.” Kemuncak malam adalah persembahan penutup oleh legenda Duran Duran yang menyanyikan hits terkenal mereka termasuk “Notorious,” “View To A Kill” dan “Girls on Film/Psycho” yang membuatkan tetamu menyanyi bersama dengan penuh semangat.

Amy Jackson
CEO amfAR, Kevin Robert Frost yang akan bersara tahun ini, berkongsi pencapaian organisasi tersebut: “Setakat ini, sepuluh orang telah berjaya disembuhkan daripada AIDS, tetapi kita perlu berbuat lebih baik lagi.” Carine Roitfeld mencipta satu pertunjukan fesyen “From Cannes With Love” yang menampilkan rekaan eksklusif daripada rumah fesyen terkemuka dunia termasuk Chanel, Dior, Balenciaga, Louis Vuitton, dan Valentino. Model terkenal seperti Barbara Palvin turut menyerlahkan koleksi tersebut.

Emma Thynn dan Caroline Scheufele
Lelongan Gala amFar itu dipimpin oleh Simon de Pury dengan barangan istimewa termasuk karya seni George Condo, perhiasan Chopard, dan kereta Dodge Charger 2017 dari filem Fast X yang dilelong sendiri oleh Michelle Rodriguez. Heidi Klum dan Colman Domingo turut membantu Pury menjual koleksi itu secara keseluruhan.
Artikel Berkaitan: 5 Selebriti Pilihan GLAM di Festival Filem Cannes ke-78 Dalam Chopard