6 Gaya Eyka Farhana Pilihan GLAM
Eyka Farhana bukan nama asing dalam industri seni tanah air. Pelakon berbakat ini telah lama mengukir nama dalam dunia lakonan menerusi pelbagai drama popular. Namun, keanggunan dan personaliti versatilnya turut menyerlah dalam dunia fesyen. Terbaharu, Eyka melangkah ke fasa baharu dalam hidup apabila sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, dalam sebuah majlis perkahwinan yang indah dan sederhana. Sejak itu, gaya Eyka Farhana dilihat semakin matang, tersusun dan mencerminkan sisi wanita moden yang yakin dengan dirinya.
Tidak hanya bergantung kepada jenama mewah semata, Eyka bijak menyuai padan gaya dari high street hingga couture. Setiap penampilan membuktikan bahawa Eyka tahu apa yang sesuai dengan tubuh, karakter dan suasana. Sama ada bergaya kasual di lapangan terbang, bersantai di pantai mahupun melangkah di karpet merah. Gaya Eyka Farhana kekal konsisten dengan identiti peribadinya yang segar dan effortless.
Inilah yang menjadikan Eyka antara figura yang sentiasa diperhatikan dalam dunia fesyen. Gaya yang dibawanya bukan sekadar cantik, tetapi mencerminkan evolusi dan kefahaman tentang fesyen itu sendiri. GLAM menyenaraikan enam gaya fesyen Eyka Farhana yang mencuri perhatian sepanjang masa menjadi bukti versatiliti dan kepekaan gayanya terhadap trend dan momen.
#1 Kasual Pantai
Eyka menggayakan penampilan santai dengan palet lembut dan cetakan bunga, sesuai untuk suasana pulau dan percutian.
#2 Chic Airport Stail
Gaya lapangan terbang dan selesa, lengkap dengan sweatshirt grafik dan topi baseball yang effortless dan cool.
#3 Malam Penuh Glam
Mini dress dramatik dengan kemasan berkilat dan stoking bintik-bintik yang penuh karakter untuk malam yang glamor.
#4 Gaya Eyka Farhana: Gadis Feminin
Eyka pandai memilih gaya feminin dengan baju kurung moden berwarna pastel, menonjolkan keanggunannya.
#5 Sleek Monokrom
Eyka memukau dengan padanan monochrome dan potongan bersih yang menyerlahkan prinsip “less is more” dalam interpretasi moden.
#6 Gaya Eyka Farhana: Aestetika Minimalis
Eyka sering memilih gaya yang minimalis menunjukkan bahawa walaupun dengan kesederhanaan tetap boleh kelihatan elegan.
ARTIKEL BERKAITAN: GLAM Weddings: Pernikahan Eyka Farhana & Akhyar Rashid