Prada menaruhkan aksesori hybrid terkini dengan gabungan material nilon berinovasi tinggi serta mampan.
Sejak 2019, Prada sudah memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar. Mereka menghubungkan kolaborasi bersama SEA BEYOND untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharan lautan. Menerusi program ini lahirnya koleksi Prada Re-Nylon, dimana koleksi fesyen yang dihasilkan daripada sisa plastik yang dijana semula daripada lautan dan tapak pelupusan sampah. Ia juga memupuk program pendidikan buat SEA BEYOND dengan memupuk kesedaran kepada golongan generasi muda tentang pentingnya menjaga lautan dunia.
Enam beg Prada Re-Nylon Pilihan GLAM
Beg tangan Prada Re-Nylon dengan perincian kunci gembok pada sisi rona hijau
Beg bahu Prada Demi-Lune Re-Nylon Rona Hitam
Beg bucket Prada Mariner Re-Nylon rona hijau
Beg bucket Prada Mariner Re-Nylon rona coklat
Beg tangan Prada Re-Nylon dengan perhiasan gembok pada sisi rona hitam
Beg bahu Prada Demi-Lune Re-Nylon Rona Coklat
Singgah ke butik Prada atau layari laman web untuk ketahui koleksi lengkap Prada Re-Nylon musim ini.