Rihanna yang sering kali menjadi tetamu terakhir muncul di acara karpet merah MET Gala, sentiasa menjadi menutup acara yang tidak mengecewakan. Kali ini hadir berbusana daripada Marc Jacobs, Rihanna diperlihatkan tampil menawan dengan sut yang direka khas buatnya. Bukan itu sahaja, penyanyi dan juga merupakan pasangan kepada A$ap Rocky ini turut hadir dengan berita kehamilan ketiganya dengan penuh gaya yang nyata menjadi berita terhangat.