Dilabel sebagai ‘permaisuri MET Gala’, Zendaya tidak pernah terlepas untuk mencuri perhatian dengan penampilannya yang sentiasa memukau. Digayakan oleh Law Roach, Zendaya memadukan custom Louis Vuitton iaitu sut berona putih gading bersiluet kemas dan minimalis. Busananya diilhamkan oleh filem Mahogany 1975 Diana Ross yang secara kebetulan diperlihatkan juga di acara karpet merah di acara karpet merah itu.