Himpunan Gaya Terkini Miley Cyrus Yang Penuh Stylish - Glam Malaysia

Himpunan Gaya Terkini Miley Cyrus Yang Penuh Stylish

Miley Cyrus terus mencabar norma fesyen dengan pilihan busana yang lebih matang, berani dan bergaya. Dari arkib haute couture ke pentas moden, setiap gayanya menjadi nadi ekspresi diri tatkala sibuk dengan album terbarunya, ‘Something Beautiful’.

Pemenang Anugerah Grammys tahun 2024, Miley Cyrus kini sibuk dengan pelancaran album terbarunya ‘Something Beautiful’ yang bukan sahaja membawakan lagu tetapi album yang diinjek seni visual dan juga naratif peribadi. Namun begitu, penampilan dan gaya fesyennya yang terkini, ternyata menjadi bualan dan mencuri tumpuan. Seiring dengan pelancaran albumnya yang penuh nuansa retrospektif, emosi dan ketegasan diri, Miley tampil lebih menawan dalam ekspresi fesyennya yang lebih berani, sensual dan cukup mewah.

Miley Cyrus Tampil Menawan Dalam Himpunan Busana Mewah

Dalam satu penampilannya ketika di acara Festival Filem Tribeca, Miley Cyrus tampil berani dengan gaya punk rock moden mengenakan busana dari koleksi Chanel Pre-Fall 2025. Sarat dengan aura cool, edgy and expensive, dipadankan pula dengan gaya rambut dramatik, Miley lantas membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar perhiasan, tetapi satu kenyataan identiti. Dalam era album terbarunya yang penuh intensiti emosi dan ketegasan diri, gaya ini mencerminkan keberanian dirinya untuk terus menolak sempadan dan mendefinisikan semula apa itu glam rock dalam era kontemporari.

See also
Penampilan Kemewahan Chanel Melalui CODE COCO Bertatah Berlian

Di pentas The Tonight Show Starring Jimmy Fallon sebagai tetamu jemputan, Miley memadukan busana arkib Thierry Mugler koleksi Musim Luruh/Sejuk 1998. Dress satin bercetak dengan potongan halter neck yang mengalir anggun, namun tetap berani. Pilihan helaian ikonik ini bukan sekadar satu penghormatan kepada seni siluet era 90-an, tetapi juga mengukuhkan naratif gaya Miley yang kini banyak tampil dalam warisan haute couture, sensualiti klasik dan keyakinan yang timeless.

Fesyen Miley menjadi lebih ikonik apabila diperlihatkan turut memadukan bukan satu, tetapi dua busana daripada Jean Paul Gaultier. Di tengah gemerlapan acara eksklusif Vanity Fair di New York City, Miley memilih Look 10 dari Jean Paul Gaultier Couture Musim Bunga 2025 rekaan Ludovic de Saint Sernin. Ia merupakan dress avant-garde yang berstruktur dan menggoda, memancarkan aura moden dan ekspresi diri yang bebas. Sementara itu, ketika di acara Directors Dinner, Miley tampil memukau pula dengan gaun korset arkib Gaultier Musim Luruh/Sejuk 1990. Butiran rekaan cone bra yang unik serta perincian labuh berumbai membawa satu ‘fashion statement’ yang jelas terserlah.

See also
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent

Menutup minggu fesyen peribadinya, Miley terus mencetus perbualan dengan busana-busana dari Schiaparelli yang sememangnya tampak eksklusif. Di karpet merah Festival Tribeca, Miley Cyrus mengangkat estetika surrealist ke tahap baharu dengan mengenakan dress Schiaparelli yang cukup mempersonakan. Gandingan potongan siluet yang mengikut lengkung tubuh, dihiasi elemen keemasan seni halus serta padanan cape berumbai, lantas menjadikan penampilannya satu pernyataan agung buat fesyen Miley Cyrus. Satu lagi tampilan dari busana Schiaparelli, benar-benar memancarkan esen glamor Hollywood yang diberi nafas eksentrik moden buatnya, menjadikan Miley sebagai ikon fesyen yang semakin matang, berani dan juga bergaya.