“To The Ones Who Carry Us” Dihiasi Ice Spice & Charli D'Amelio

Ice Spice & Charlie D’Amelio Hiasi Kempen Kate Spade New York!

Jenama fesyen ikonik, kate spade new york melancarkan kempen global Musim Bunga/Panas 2025 bertajuk “To The Ones Who Carry Us”.

Kali ini, dua nama besar menjadi wajah utama kempen iaitu penyanyi rap yang dicalonkan Grammy, Ice Spice dan bintang media sosial serta penari berbakat, Charli D’Amelio.

“To The Ones Who Carry Us”

Dengan gaya visual yang segar dan moden, kempen ini direka khas untuk menarik perhatian generasi muda, terutamanya Gen Z. Ia meraikan peranan penting yang dimainkan oleh kawan-kawan dalam kehidupan seorang wanita. Dari sahabat yang selalu ada saat kita jatuh, hingga yang menceriakan hari-hari biasa kita.

Ice Spice, yang terkenal dengan gaya dirinya yang berani dan asli, berkongsi, “Saya membesar di New York dan memang peminat kate spade sejak dulu. Apa yang saya suka tentang kempen ini ialah ia meraikan persahabatan. Kawan-kawan saya, termasuk adik-beradik dan sepupu, adalah tulang belakang saya. Mereka yang selalu mengingatkan saya siapa diri saya.”

See also
Allergic Rescuers KL Berbakti Dengan Tujuh Gadis

Manakala Charli D’Amelio pula berkata, “Saya sangat teruja bekerjasama dengan kate spade new york. Saya suka bagaimana rekaan mereka membolehkan saya ekspresikan gaya peribadi saya. Kempen ini mengingatkan saya pada kawan-kawan sejak kecil dari sekolah, kelas menari, hinggalah kawan baru yang saya jumpa semasa bekerja atau berpindah ke tempat baru.”

Kempen ini turut mengetengahkan beg tangan ikonik Deco Chain Shoulder Bag dalam warna-warna musim terbaru seperti Blue Multi Denim, Jungle Vine, Sweet Cream dan Apricot Cream. Beg ini direka dengan bentuk yang moden, ringkas dan mewah – sesuai untuk wanita yang aktif, yang bukan sahaja bawa keperluan harian, tapi juga penuh semangat dan tanggungjawab.

Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 kini boleh didapati di kedai dan secara atas talian, dengan rekaan baru akan terus dilancarkan sepanjang musim ini.

Artikel Berkaitan: Seri Gaya Raya Dengan Tas Tangan Oleh Kate Spade New York