Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Dunia Gaya & Fesyen

7 Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Naratif Gaya Global

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kita sering melihat mereka di atas takhta, dibaluti keanggunan dan simbol kemegahan istana. Namun, di sebalik protokol dan gelaran, ada sisi lain yang jarang diketahui iaitu sisi yang ingin berkarya dan berdiri dengan identiti sendiri. Dalam dekad terakhir, muncul generasi baharu yang menukar tradisi kepada cita rasa moden, menubuhkan jenama fesyen diraja yang mencerminkan semangat kreatif mereka.

Daripada kain tenun Thai ke siluet moden Eropah, para puteri ini menggunakan nama mereka bukan sekadar untuk mewarisi kemasyhuran, tetapi untuk membina empayar gaya yang berpaksikan warisan, etika, dan cita rasa. Fesyen bukan lagi sekadar busana, ia menjadi bahasa baharu untuk menyampaikan siapa mereka di sebalik gelaran “Yang Mulia.”

Dari Bangkok ke Oslo, London hingga ke New York, jenama fesyen diraja kini mengubah naratif fesyen global. Ia bukan hanya tentang keindahan atau status tetapi tentang bagaimana tradisi, keusahawanan dan seni boleh bergabung di bawah satu nama yang melambangkan kekuatan feminin dan budaya.

See also
Neelofa Bakal Menyertai Victoria's Secret Fashion Show 2017!

1. PUTERI SIRIVANNAVARI NARIRATANA RAJAKANYA, SIRIVANNAVARI BANGKOK

Puteri Diraja Thailand ini bukan sekadar ikon gaya, tetapi seorang pereka lulusan bidang reka bentuk. Jenama SIRIVANNAVARI Bangkok, yang diasaskan pada tahun 2005, menjadi medium untuk baginda menzahirkan seni tekstil Thai dalam bentuk yang moden dan penuh cita rasa.

Tahun 2025 menandakan satu kejayaan besar apabila SIRIVANNAVARI melancarkan pop-up store di Galeries Lafayette, Paris, sebelum debut rasminya di Milan Fashion Week Spring/Summer 2026. (Nation Thailand)

Setiap helaian koleksi baginda memaparkan gabungan teknik tradisional dan inovasi moden menjadikan SIRIVANNAVARI bukan sekadar jenama fesyen diraja dari Asia, tetapi satu simbol soft power budaya Thailand di pentas antarabangsa.

jenama fesyen diraja

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.