‘Into The Light’ Sarat Mesej Optimis - Glam Malaysia
‘Into The Light’ Sarat Mesej Optimis

‘Into The Light’ Sarat Mesej Optimis

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Juita Deborah Henry dan Fyza Kadir mendukung karakter glamor, feminin lagi sofistikated dalam persalinan 20 busana baru – ‘Into The Light’

Santapan Aidilfitri kali ini pastinya jauh lebih berbeza. Tahun lalu kita dikejutkan dengan pandemik yang melanda dunia dan duka citanya sekali lagi perayaan Aidilfitri tahun ini disambut sunyi tanpa kehadiran keluarga besar dan sanak saudara. Namun begitu, usahlah bersedih kerana Aidilfitri adalah kemenangan untuk kita semua. Tiada salahnya juga untuk kita kelihatan hebat dengan persalinan baru dalam kita sibuk menempuh pelbagai dugaan menanti hari cerah yang mendatang.

INTO THE LIGHT by LARNEY, sebuah kempen penuh glamour dengan tema optimis memberi harapan dan sinar baru demi masa hadapan yang lebih baik. Dua jelitawan terkenal Malaysia yakni Deborah Henry dan Fyza Kadir menggayakan dua segmen yang mana merangkum siluet lebih segar juga dari koleksi sebelumnya yang diberi nafas baru ini cukup memberi gambaran kepada semangat keseluruhan koleksi ini.

See also
Muzium Pameran Victoria's Secret Kini Di New York City