GBC Love Wellness: 5 Jenama Lokal Baju Gym Wanita Yang Bergaya Dan Selesa
Aktiviti fizikal bukan sekadar soal kesihatan. Ia mencerminkan cara hidup yang lebih segar, pilihan untuk menjaga tubuh dan minda, serta bentuk penghargaan kepada diri sendiri. Dalam dunia yang serba pantas, baju gym yang anda sarungkan ketika bersenam boleh memberi kesan besar terhadap semangat dan prestasi harian.
Dengan semakin ramai wanita Malaysia memilih untuk hidup lebih aktif, keperluan untuk pakaian sukan yang bukan sahaja praktikal tetapi juga sedap mata memandang semakin ketara. Selesa, tahan lasak, menyerap peluh dan tentunya tetap versatil, ini antara kriteria utama yang dicari dalam sepasang baju gym.
Menariknya, banyak jenama tempatan kini tampil berani dalam dunia activewear, membawa pilihan yang bukan sekadar cantik di mata tetapi juga bijak dari segi fungsi. Berikut senarai lima jenama lokal yang bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat anda, malah meraikan citarasa wanita Malaysia masa kini.
Senarai jenama baju gym lokal activewear di Malaysia
1. Fitgear

Kredit foto: Instagram Fitgear
Terkenal di kalangan penggiat kecergasan, Fitgear menampilkan koleksi berpotongan kemas dan material serba selesa. Pilihan warna yang sederhana menjadikannya versatil untuk pelbagai aktiviti termasuklah dari sesi angkat berat di gym ke kelas HIIT waktu pagi.
2. Baju gym dari Terrae

Kredit foto: Intagram Terrae
Jika anda peminat gaya minimalis dan alami, Terrae adalah jenama yang patut diberi perhatian. Setiap helaian koleksi mereka dirancang dengan kesedaran terhadap alam dan keselesaan pengguna. Dengan rekaan bersih, tona warna bumi dan fabrik lembut yang ringan di kulit, Terrae sesuai untuk wanita yang gemarkan ketenangan semasa bersenam sama ada dalam sesi yoga, regangan atau berjalan santai di taman.
3. Livlola

Kredit foto: Instagram Livlola
Dikenali sebagai jenama activewear tempatan yang paling bergaya, Livlola membawa nafas segar dalam dunia kecergasan wanita moden. Koleksinya sering menampilkan palet warna lembut, potongan feminin dan estetik yang mudah digayakan dari studio ke jalanan. Lebih dari sekadar baju gym, setiap helaian Livlola membawa elemen athleisure mewah menjadikannya pilihan utama buat mereka yang mahu tampak anggun walaupun ketika berpeluh. Rekaannya yang menyokong pergerakan bebas menjadikan ia sesuai untuk yoga, pilates mahupun larian santai di taman pada hujung minggu.
4. Baju gym dari Camellia Activewear

Kredit foto: Instagram Camillia Activewear
Untuk yang menghargai kelembutan dalam kekuatan, Camellia Activewear hadir sebagai pilihan yang menggabungkan keanggunan dan ketahanan. Dikenali dengan rekaan yang clean, feminin dan versatil, setiap helaian Camellia direka agar wanita tampil yakin sama ada ketika sesi latihan berat mahupun rehat selepas senaman. Fokus pada sokongan dan siluet yang menawan menjadikannya sesuai untuk wanita moden yang tidak mahu berkompromi antara gaya dan fungsi.
5. Heymotherchuckers

Kredit foto: Instagram Heymotherchuckers
Berani, quirky dan unapologetically bold, Heymotherchuckers bukan jenama activewear biasa. Ia adalah lambang kebebasan dan keseronokan dalam pergerakan. Dengan rekaan yang lari dari kebiasaan, slogan catchy, serta sentuhan warna dan corak yang fun, jenama ini menyalurkan aura positif untuk wanita yang tidak takut untuk jadi diri sendiri. Sesuai untuk sesi zumba, boxing, weight training, atau sesi pickleball, asalkan anda rasa confident dan selesa.
Panduan Ringkas Memilih Baju Gym Yang Sesuai:
-
Pilih fabrik ringan dan menyerap peluh (contoh: spandeks, mikrofiber)
-
Potongan yang tidak menghalang pergerakan
-
Bra sukan dengan sokongan mengikut tahap aktiviti
-
Warna neutral mudah dipadankan, warna terang tingkatkan semangat
Dengan GBC Love Wellness bakal berlangsung tidak lama lagi, ini waktu terbaik untuk anda mula bersedia, bukan sahaja dari segi fizikal dan mental, malah dari segi penampilan. Sama ada anda menyertai sesi senaman, bengkel kesejahteraan, atau aktiviti pemulihan diri, memilih baju gym yang sesuai akan membantu anda rasa lebih yakin, selesa, dan tentunya penuh gaya. Jadi, sebelum tarikh itu tiba, mungkin ini masa terbaik untuk anda teroka salah satu jenama lokal ini. Let’s move in style!
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: Dekati Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi
Farhana Fuad
Farhana Fuad ialah Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.