Keindahan Motif Tekstil Negeri Bawah Bayu & Tanah Kenyalang - Glam Malaysia

Keindahan Motif Tekstil Negeri Bawah Bayu & Tanah Kenyalang

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bersempena isu Borneo bulan ini, GLAM mengupas keindahan warisan motif tekstil di Malaysia Timur. Naratif budaya yang bukan sekadar peninggalan legasi, tetapi juga sarat dengan kehalusan seni, kebijaksanaan budaya serta kekayaan identiti Sabah Sarawak buat generasi seterusnya.

Keindahan dan makna mendalam yang terpatri dalam motif-motif tekstil tradisional dari bumi Borneo pastinya menjadi khazanah negara. Di sebalik anyaman dan sulaman yang tampak indah pada mata, tersirat naratif budaya yang sarat dengan nilai spiritual, simbolik serta estetika. Warisan motif tekstil dari Sabah dan Sarawak ini bukan sekadar tinggalan sejarah, malah menjadi lambang kecintaan terhadap jati diri serta kearifan lokal yang terus hidup dalam busana dan ritual masyarakat. Dari setiap helai benang hingga kepada corak yang dihasilkan, setiap motif menceritakan kisah tentang asal-usul, kepercayaan dan aspirasi komuniti yang diwarisi turun-temurun.

Himpunan Motif Tekstil Negeri Bawah Bayu & Tanah Kenyalang Yang Menyuntik Keunggulan Warisan.

1. Motif Baya

Berasal dari negeri Sarawak, Motif Baya atau dikenali juga sebagai motif buaya, merupakan salah satu motif yang cukup popular dalam seni tekstil tradisional kaum Iban, khususnya dalam tenunan pua kumbu. Dalam budaya ini, buaya bukan hanya dilihat sebagai haiwan liar yang ganas, tetapi juga sebagai simbol kuasa, perlindungan dan ketahanan yang mana motif ini sering kali ditenun untuk upacara adat dan keagamaan seperti Gawai Antu.

See also
Tip Memilih Bikini Sesuai Untuk Bentuk Tubuh Anda!