Motif linangkit merupakan kebanggaan dan khazanah etnik Kadazan-Dusun yang lazimnya digunakan untuk menghiasi bahagian pinggir lengan dan hujung busana tradisional. Ia memberi sentuhan eksklusif pada pakaian, menjadikan ia tampak lebih megah dan berseni. Rona terang seperti merah, kuning, putih dan hitam sering diimplikasikan, sebagai lambang keceriaan dan kehidupan.