Kitaran Fesyen Trendy Yang Dihidupkan Semula Masa Kini

Kitaran Fesyen dan Evolusi Gaya Masa Kini

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kebanyakan trend fesyen sebenarnya adalah kitaran gaya yang berulang, namun dihidupkan semula dengan sentuhan moden. GLAM Fesyen ingin mengupas akan lapan trend the circle of fashion that actually matter now.

Kitaran fesyen ternyata sentiasa berputar dan bergerak seiring dengan masa yang terus berjalan pantas. namun, ia pastinya ditransformasikan dan disesuaikan mengikut citarasa peredaran zaman. Berada di tahun 2025, kini lebih banyak ragam fesyen yang diaplikasi serta diperlihatkan jua kitaran fesyen yang kembali mendominasi menjadi trend-trend terhangat dan terkini. 

Ini 8 Kitaran Fesyen Dengan Evolusi Trend Gaya Masa Kini

1. 20’s Flapper Silhouette

Merentas kembali ke masa lalu, di mana era busana bersiluet lurus yang berani menjadi hit pada ketika itu. Untuk tahun ini, Giorgio Armani, Dolce & Gabbana, Moschino dan Chanel menghadirkan koleksi sentuhan estetika gaya flapper, memberi elemen nostalgia yang menjadi taruhan musim ini. Ia seperti kebangkitan fesyen yang diinjek dengan esen yang lebih moden dan segar.

See also
The Row Bakal Dipentaskan Di Minggu Fesyen Paris