Kemunculan corak kotak atau lebih dikenali sebagai plaid di dalam koleksi Musim Bunga/Musim Panas kali ini pastinya mustahil untuk diabaikan. Walau biasanya yang hanya tampil sekali-sekala buat koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk, namun trend ini menjadi dambakan untuk musim ini. Corak kotak yang kian kali dikaitkan dengan tradisi atau era fesyen lampau seperti di tahun 90-an, kini menguasai banyak pentas peragaan seperti Bottega Veneta, The Row, Acne Studios, Coach dan juga jenama yang cukup sinonim dengan corak plaid, Burberry.