Pandora Garden Lebih Mekar Pada Musim Bunga 2021! - Glam Malaysia
Pandora Garden Lebih Mekar Pada Musim Bunga 2021!

Pandora Garden Lebih Mekar Pada Musim Bunga 2021!

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Musim bunga tahun ini, dihiasi dengan koleksi terbaru daripada Pandora yang diberi nama Pandora Garden, menampilkan debut rona ungu lavender terbaru dalam Purple Daisy Charms sebagai pelengkap buat Pink Daisy Charms.

Sekiranya disebut mengenai perhiasan barangan kemas dan aksesori mewah, sudah pasti Pandora is one of the winning choice buat para wanita. Dari rekaan Charm Bracelet yang boleh disuai padan dengan pelbagai pilihan butir pesona hingga ke cincin perhiasan pastinya ada yang direka khas sesuai dengan cita rasa peribadi setiap individu. Setiap butiran rekaan oleh Pandora diukir dengan penuh terperinci – menambahkan nilai kemewahan setiap rekaan. Terbaru, koleksi Pandora Garden menyambut musim bunga pada tahun ini dengan keunikan daripada Fan Collection yang diukir khas bersama batu ombre yang membawa unsur cahaya dan teduh ke dalam rekaan tersebut. Sukar untuk ditentang, rekaan butir pesona yang bercorak bunga Daisy ini sangat mencerminkan ciri-ciri feminin dan anggun kepada individu yang memakainya.

See also
Imbas Kembali Kempen Terdahulu Prada