Konsert Siti Nurhaliza Dengan Kod Gaya Ungu Dan putih
konsert siti nurhaliza

Ilham Kod Gaya Konsert Siti Nurhaliza Terus From Runway

Meraikan tiga dekad cemerlang Biduanita Negara dengan konsert Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza bertemakan kod fesyen ungu dipadu bersama putih atau hitam.

Julai nanti, penyanyi kesayangan tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan dua malam di Genting Highlands. Acara yang pastinya sudah pecah panggung itu bakal berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Arena of Stars. Baharu sahaja diumumkan, yang konsert Siti Nurhaliza kali ini bakal diserikan dengan artis jemputan, Noh Salleh. Keunikan lain adalah kod gaya ungu bersama putih atau hitam. Maka, GLAM sajikan ilham stail terus daripada pentas fesyen musim bunga/panas 2025! Ceduk idea ini untuk bergaya ke persembahan penuh legasi nanti!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Lapan Gaya Kod Fesyen From Runway SS25

Burberry – Padanan yang cool dalam top dan seluar, lebih mudah bergerak bebas.

konsert siti nurhaliza

Chloe – Mungkin sesuai buat Gen-Z yang sudah mula mendekati lagu-lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza melalui Tik Tok.

See also
Magis Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza

Issey Miyake – Idea buat peminat yang mahukan sesuatu gaya sopan tetapi punya elemen fesyen.

Marc Jacobs – Mungkin agak eksentrik, tetapi siluet cukup futuristik!

konsert siti nurhaliza

Loewe – Manis dengan pemilihan corak bunga buat peminat yang elegan.

Prada – Padanan kot besar membaluti tubuh mampu menghangatkan malam di atas gunung.

konsert siti nurhaliza

Valentino – Mengembalikan gaya 80-an, kerana rata-rata peminat lahir dekad ini?

Zimmermann – Ada antara yang mahu tampil sporty? Get this look tapi padukan bersama skirt untuk kekal ayu.

Artikel Berkaitan: Anta Permana Nyanyian Siti Nurhaliza Jadi Pilihan Raja Charles III