Louis Vuitton Lancar Kempen Terbaharu Sempena Koleksi Pre-Fall 2025 - Glam Malaysia

Louis Vuitton Lancar Kempen Terbaharu Sempena Koleksi Pre-Fall 2025

Kempen Louis Vuitton Pre-Fall 2025 membawakan ode fesyen dan muzik, menampilkan deretan selebriti popular sebagai wajah hadapan dengan suntikan estetika feminin, segar dan penuh kekinian.

Menjelang musim Pre-Fall 2025, label ikonik Louis Vuitton mempersembahkan sebuah kempen terkini yang menyatukan dunia fesyen dan muzik dalam satu ekspresi kreatif yang mempesona. Kempen ini menelusuri persamaan antara kebebasan dalam mencipta melodi dan visi kreatif oleh Pengarah Artistik Wanita, Nicolas Ghesquière. Kempen terbaru ini menampilkan barisan bintang terkenal seperti penyanyi Lous and the Yakuza, pelakon Devon Ross, penyanyi Nana Ouyang serta penyanyi dan pelakon Jaden Smith. Kesemua selebriti ini mewakili semangat feminin yang pelbagai dan berlapis, selari dengan nuansa koleksi ini.

 

Koleksi Louis Vuitton Pre-Fall 2025 Menginjek Esen Feminin Dan Kontemporari.

Koleksi Pre-Fall 2025 membangkitkan rasa segar dan cukup fashionable!  Palet warnanya yang harmoni, menghadirkan rona termasuk biru, putih, khaki dan banyak lagi, nyata menonjolkan nuansa berani dan kontemporari. Perincian seperti reka bentuk bunga Monogram yang ikonik diolah dalam cetakan flora berona lembut serta motif yang nyata tampak mewah, mencipta keseimbangan antara elegan klasik dan gaya moden yang minimalis.

See also
Pemenang Glam Next Face Berkongsi Pengalaman Kerjaya Modeling

Dalam pada itu, rekaan siluet di dalam koleksi pula menyerlahkan bentuk lembut namun berstruktur, lantas memeluk lekuk tubuh secara semula jadi yang memberikan kebebasan dalam pergerakan. Dengan sentuhan feminin yang romantik, koleksi ini memperkenalkan ceraian harian yang memancarkan sofistikasi lembut, semangat muda kontemporari dan juga kemewahan halus. Di mana, penggunaan fabrik bermaterial seperti kasgora ringan, kapas poplin, rajutan bersulam, jersi paisley dan denim Monogram dipotong laser yang disuntik ke dalam koleksi, juga memainkan peranan.

Penambahan kilauan yang eksklusif dalam koleksi membawa daya tarikan, buat barisan tas tangan baharu seperti Odyssee dan LV Biker serta ikon yang cukup timeless seperti Capucines dan Side Trunk. Kesemuanya ditampilkan dalam elemen gaya berani yang menjadi ciri khas Ghesquière. Lantas, menjadikan koleksi Louis Vuitton Pre-Fall 2025 sebagai perayaan seni reka yang menyentuh sifat kewanitaan dan gaya dalam satu harmoni visual.

 

Artikel Berkaitan: Kasut Dua Dalam Satu, Louis Vuitton Memperkenalkan LV Sneakerina