Meriahkan Merdeka Bersama Koleksi Penuh Tradisi: The Warisan dUCK - Glam Malaysia
duck merdeka

Meriahkan Merdeka Bersama Koleksi Penuh Tradisi: The Warisan dUCK

Ikatan cinta akan Merdeka tidak dapat dipisahkan dalam dada rakyat Malaysia, begitu juga buat koleksi The Warisan dUCK yang penuh patriotisme dan nostalgia.

Warna-warna ceria Jalur Gemilang kian berkibar di angin menyinari semangat perpaduan. Dengan bangganya dUCk melancarkan koleksi The Warisan dUCK sempena bulan kemerdekaan. Koleksi khas ini memberikan penghormatan kepada warisan keluarga yang telah diwariskan dari generasi ke generasi. Melambangi jalinan kasih dan warisan yang kekal bersempenakan merdeka penuh cinta akan tanah air. Hasil koleksi ini diilhamkan oleh corak dan warna dari kain batik tradisional, Warisan dUCk menampilkan 6 rangkaian tudung Cinta, Teguh, Setia, Harmoni, Damai, Sejahtera dan beg yang memikat dan menzahirkan semangat warisan kekeluargaan. Setiap helaian tudung direka dengan teliti untuk membangkitkan rasa nostalgia dan hubungan dengan masa lalu. 

Pengasas dUCK, Vivy Yusof bersama ibu dan anak-anak perempuannya

Model Malaysia, Vanizha Vasanthanathan bersama ibu dan neneknya

Pengasas BloomThis, Penny Choo bersama ibunya

Koleksi The Warisan dUCK menampilkan tiga keluarga Malaysia daripada latar belakang etnik yang berbeza. Kisah-kisah peribadi mereka tentang warisan keluarga yang disayangi menyerlahkan kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia begitu unik. Melalui pengalaman bersama mereka, kempen ini meraikan nilai keluarga sejagat dan kepentingan memelihara warisan kita.

See also
Seleksi Restoran Istimewa Sempena Hari Kemerdekaan Pilihan GLAM

Koleksi The Warisan dUCK

Seterusnya, tudung Warisan ini diperbuat daripada cotton voile, jenis fabrik yang ringan dan sejuk, tidak terasa bila memakainya. Ia juga sempurna untuk kelihatan bergaya tetapi kekal selesa semasa meraikan Merdeka pada 31 Ogos ini! Tudung Warisan dUCK kini hadir dalam kotak dUCK yang dilengkapi bersama pesona keluli tahan karat, sesuai menjadi hadiah Merdeka yang sempurna untuk insan tersayang. Terdapat juga Beg Warisan yang diperbuat daripada kanvas akan dilancarkan pada 27 Ogos.

Cinta, the first chapter of The Warisan dUCk story. Bercorakkan Kain Batik yang menwan ia juga simbol warisan yang telah diwariskan dari generasi ke generasi.

Cinta

Teguh, the second chapter of The Warisan dUCk story. Warna lembut dan berona bumi ini menyerupai pelukan seorang ibu, melambangkan rasa pulang ke pangkuannya.

Teguh

Memperkenalkan Setia: Rona biru terang bercorakkan batik klasik berbunga orked dan Marigold. Terlihat motif Pucuk Rebung di hujung desain tudung.

Setia

Harmoni: Simfoni warna, perayaan perpaduan. Kuning bak warna bulan dan bintang jalur gemilang.

Harmoni

Damai: Gabungan warna lilac dan beige yang menangkap inti pati keamanan dan perpaduan di Malaysia.

Damai

Sejahtera: Rona gelap dipenuhi dengan desain bunga orked merah jambu.

Sejahtera

Tudung Warisan dUCk berharga RM250, manakala beg Warisan berharga RM60 dan boleh didapati di laman web dUCk di www.getducked.com, aplikasi, serta semua kedai dUCk termasuk PAVILION KL, PAVILION Bukit Jalil, Suria KLCC, Setia City Mall, IOI City Mall, Bangsar Village, dan Haji Lane, Singapore.

See also
Evolusi Gaya Puteri Diana, Dari Stail Konservatif Ke Ikon Fesyen