Permulaan Legasi Gaya Michael Rider Di Pentas Celine - Glam Malaysia

Permulaan Legasi Gaya Michael Rider Di Pentas Celine

Michael Rider memulakan era baharu buat label mewah Celine, bermain dengan gaya preppy, esen chic dan juga suntikan warna untuk koleksi Celine SS26.

Paris menjadi saksi satu detik bersejarah apabila Michael Rider melangkah ke pentas Celine buat pertama kalinya sebagai pengarah kreatif baharu. Kembalinya Rider ke rumah fesyen Perancis yang pernah menaikkan namanya di bawah naungan Phoebe Philo satu ketika dahulu, diibaratkan sebagai kepulangan yang penuh emosi. Bertempat di 16 rue Vivienne, koleksi sulung ini menandakan babak baharu selepas era Hedi Slimane dengan arah tuju yang lebih segar, di mana gaya American preppy, gabungan pelbagai siluet, percikan warna dan tidak ketinggalan juga seluar skinny that is back?

Alur Fesyen Celine Baharu Oleh Michael Rider

Koleksi ini membuka tirai dengan trench coat lembut, blazer dan sweater yang dipadankan bersama aksesori emas mewah seperti rantai dan gelang. Unsur warna biru berani dan merah pekat menyerlah pada beg bahu besar dan seluar berpotongan lebar, manakala rona hijau terang dan akuamarin pula diinjek pada jaket sukan serta sweater dengan proporsi yang tampil rapi. Terdapat keseimbangan antara formaliti dan kebebasan, gaya kasual mewah yang diterjemahkan dibawa sentuhan moden tetapi berakar pada warisan rumah fesyen ini. Jelas, pengarah kreatif ini bijak membawa lembaran baharu Celine dengan menghargai sejarah tetapi tidak terikat padanya.

See also
Marilyn Monroe Dihidupkan Kembali Oleh Violet Chachki & Sarah Paulson Buat Prada

Rider mengakui inspirasi utamanya lahir daripada idea “pakaian yang hidup”, himpunan yang bukan sekadar trend sementara tetapi menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup pemakainya. Dari saat diraih hinggalah diwarisi turun-temurun, setiap helaian membawa cerita, nostalgia, dan fungsi yang tidak lapuk dek masa. Bagi Rider, inilah inti pati sebenar fesyen mewah.

“Coming back to Celine, and to Paris, back to 16 rue Vivienne in a changed world, has been incredibly emotional for me. And a complete joy,” kata Rider penuh tulus, menegaskan rasa bangga terhadap jenama yang sinonim dengan cita rasa agung dan nilai timeless. Beliau menambah lagi: “Celine stands for quality, for timelessness and for style, ideals that are difficult to catch, and even harder to hold on to, to define, despite more and more talk about them out there.” Kata-kata itu seolah merangkum impian untuk terus mempertahankan identiti Celine di era musim kini.

Artikel Berkaitan: Dari Hedi Slimane Ke Michael Rider Buat Peralihan Ikonik Di Celine

See also
Dari Hedi Slimane Ke Michael Rider Buat Peralihan Ikonik Di Celine

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.