Ragam Fesyen Rosé, Relaks Tapi Penuh Stail - Glam Malaysia

Ragam Fesyen Rosé, Relaks Tapi Penuh Stail

Penyanyi bintang K-pop popular, Rosé memanifestasikan stail streetwear sebagai kanvas ekspresi diri, memadukan siluet longgar, elemen layering dengan sentuhan vintaj yang memancar gaya effortless dan tersendiri.

Meski sibuk dalam jadual jelajah stadium bersama BLACKPINK, Rosé tidak hanya mencuri perhatian di atas pentas, tetapi juga gaya fesyennya di jalanan dengan tampilan gaya effortless yang menyuntik esen keperibadian. Saat selebriti lain mula mengintai kemunculan semula skinny jeans, Rosé tetap tegas dengan memperlihatkan bahawa siluet longgar dan relaxed masih memegang kuasa.

Bersahaja Namun Penuh Gaya, Rosé Pamer Stail Streetwear Yang Mencuri Tumpuan

Selepas konsert BLACKPINK di Citi Field, New York, Rosé tampil dalam padanan berani yang bermain dengan ilusi bentuk dan lapisan. Bralette mikro yang minimalis dipadankan dengan seluar jean acid-wash bersiluet longgar, duduk rendah di pinggang dengan sentuhan tambahan berupa boxer lelaki yang mengintai dari celahan waistband. Ia adalah suatu pilihan styling yang memberi gaya modern street. Penampilan ini disempurnakan dengan tote kulit oversized dan sneakers dua tona yang hanya kelihatan samar di bawah labuhan seluar. Ia nyata membawa penegasan bahawa ‘kurang’ adalah lebih memikat bila dikendalikan dengan gaya yang tepat atau sering kali didengari sebagai less is more.

Namun, Rosé bukan sekadar penyanyi bintang pop dengan gaya satu dimensi. Ketika bersantai di Polo Bar, bintang Korea ini mengangkat gaya Americana moden dengan sentuhan denim distress berbentuk loceng. Ia menggabungkan unsur vintaj dan juga kontemporari. Dipadankan dengan flip-flop fesyen tinggi yang menjadi kegemaran selebriti musim panas ini, Rosé melengkapkan penampilannya dengan camisole hitam yang diikat kemas dengan tali pinggang coklat gelap. Aksesori seperti tas tangan berona hitam bersama skaf bermotif pada pemegang, serta jaket suede tersangkut di begnya, lantas menambah elemen layering yang sofistikated namun tidak dibuat-buat.

See also
Highlight Concert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur

Di sebalik jadual padat dan kilauan pentas, Rosé membuktikan bahawa streetwear bukan sekadar ruang istirahat dari glamor, tetapi medan ekspresi gaya sebenar. Dengan keberanian memadukan gaya sendiri dan cita rasa yang mendalam, Rosé terus menampilkan standard stail tersendiri dalam fesyen selebriti global. Di mana keselesaan, dan pemilihan styling, nyata mencipta identiti buat dirinya penuh gaya.

Artikel berkaitan: Era Solo BlackPink: Ketahui Projek Solo Jennie, Lisa, Rosé dan Jisoo

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.