RIMOWA Melancarkan The Original Bag Gaya Versatil Dan Disruptif - Glam Malaysia

RIMOWA Melancarkan The Original Bag Gaya Versatil Dan Disruptif

RIMOWA dengan bangganya memperkenalkan The Original Bag yang menawarkan reka bentuk dan gabungan unik antara kemahiran ketukangan dan elegan.

Diilhamkan oleh tarikan abadi daripada bagasi ikonik jenama ini, RIMOWA memulakan babak baharu dengan pengenalan beg tangan uniseks. Reka bentuk baharu ini mengintegrasikan daya tarikan koleksi Original ikonik jenama ini dengan alur lambangnya, namun dibezakan dengan perkadarannya yang inovatif. Lebih daripada sekadar fungsi, reka bentuk timeless RIMOWA Original Bag menawarkan keserbagunaan yang mudah disesuaikan sepanjang hari. Didapati dalam warna perak dan hitam, beg ini memancarkan keanggunan ringkas yang dengan mudah melengkapkan sebarang acara, sama ada kasual atau formal.

Pilihan Sempurna Untuk Gaya dan Fungsi!

Courtesy of RIMOWA | Original Bag in Silver

Lui Wen

Seterusnya, pembuatan bagasi mini ini terhasil di Jerman yang menggunakan bahan yang tahan lasak. Beg tangan aluminium berpermukaan keras serba ringan ini boleh dibawa dan digayakan sebagai beg bahu, atau beg silang. Pada bahagian luar yang tampak licin berkilat serta rangka bucu bulat adalah simbol penghormatan reka bentuk ikonik RIMOWA. Justeru, pemegang kulit tas ini diperkuat dari rangka aluminium yang menjamin ketahanan, sementara tali webbing serbaguna boleh ditanggal dan laras menambah keselesaan untuk kegunaan seharian. The Original Bag dilengkapi dengan mekanisme butang inovatif dari RIMOWA yang memudahkan pembukaan dan penutupan.

See also
Gaya SAG Awards 2015

Ketukangan yang cukup teliti dan penuh perhatian terhadap detail juga merangkumi bahagian dalam tas ini. Yang diperbuat sepenuhnya daripada kulit Itali. Direka untuk memenuhi semua keperluan harian pengguna, Original Bag menyediakan ruang luas untuk menyimpan barang dengan susunan yang teratur, termasuk poket berzip dan slot untuk kad kredit. Untuk menandakan pelancaran The Original Bag, RIMOWA dan agensi rekodnya, Anomaly, melancarkan kempen baharu.

Menekankan daya tarikannya kepada pencinta ketukangan, gaya yakin, filem kempen yang diarahkan oleh pembikin filem, Jordan Hemingway. Setiap imej yang diambil adalah oleh jurugambar, Louise dan Maria Thornfeldt. Tujuan untuk mempromosikan para penonton membayangkan semula semangat penerokaan melalui lensa jalan-jalan di kota. Di mana perjalanan individu berkembang dengan kemungkinan yang tiada had. Empat bakat global yang memperagakan kempen ini adalah supermodel Liu Wen, rapper Central Cee, wartawan dan pengarah kreatif Off-White, IB Kamara, dan jurugambar Larissa Hofmann. Akhir kata, dengan runut bunyi ‘Last Nite’ oleh The Strokes, mereka menyatu dengan irama kehidupan bandar sepanjang 24 jam, dengan RIMOWA Original Bag di tangan.

rimowa

Central Cee

rimowa

IB Kamara

rimowa

Larissa Hoffman

rimowa

Courtesy of RIMOWA | Liu Wen

rimowa

All Photos Credits to Courtesy of RIMOWA