RIMOWA Taupe Beri Rasa Tenang & Elegan
RIMOWA, jenama bagasi mewah dari Jerman yang terkenal dengan reka bentuk berkualiti tinggi, memperkenalkan warna baharu Taupe untuk dua koleksi popular mereka: Distinct dan Never Still. Warna ini terinspirasi daripada batu semula jadi yang dibentuk oleh unsur alam seperti angin dan air — memberikan rasa tenang dan elegan.
Koleksi Distinct, yang dilancarkan pada 2023, menonjol dengan rekaan kulit mewah dan bentuk kukuh tetapi ringan. Warna Taupe ini akan menjadi pilihan tetap dalam koleksi dan direka untuk kelihatan lebih cantik seiring masa dengan kesan patina yang unik.
Koleksi Distinct & Never Still
Setiap perincian beg ini, termasuk zip berlapis logam dan pemegang kulit, menyerlahkan rasa eksklusif. Ia juga dilengkapi sistem roda lancar dan pemegang boleh laras, sesuai untuk perjalanan yang selesa.
Lebih menarik, beg ini hadir dengan tag bagasi khas yang boleh dimonogram dan penutup beg hitam untuk perlindungan tambahan. Rekaannya bukan saja bergaya, tetapi juga praktikal dan tahan lama, sesuai untuk mereka yang menghargai kualiti dan ketelitian.
Selain itu, warna Taupe turut ditawarkan dalam koleksi Never Still yang lebih kasual dan moden. Antara produk utama ialah Flap Backpack Small, beg galas yang diperbuat daripada kanvas tahan lasak dengan kemasan kulit asli. Reka bentuk beralur yang ikonik memberi sentuhan klasik RIMOWA, dan ia dilengkapi belakang berlapik serta tali khas untuk dipasang pada beg tarik.
Turut hadir dalam warna ini ialah Never Still Flat Pouch, beg nipis yang sesuai untuk komputer riba 13 inci, praktikal untuk kegunaan harian atau sebagai pelengkap gaya. Ketiga-tiga produk dalam warna Taupe ini akan mula dijual mulai 10 Julai 2025 di butik RIMOWA seluruh dunia dan dalam talian di RIMOWA.com.
Artikel Berkaitan: RIMOWA Lancar Koleksi Bronze, Gaya Klasik & Warna Hangat
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.