Supermodel Heidi Klum Duta Terbaharu Buat Aigner - Glam Malaysia

Supermodel Heidi Klum Duta Terbaharu Buat Aigner

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025 Aigner meraikan gaya peribadi dan keberanian wanita melalui kolaborasi ikonik bersama Heidi Klum, yang turut merupakan duta terbaharu buat jenama ini.

Untuk koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025, jenama mewah Aigner menampilkan ikon global Heidi Klum sebagai duta dan wajah kempen yang terbaharu. Ia satu kolaborasi yang bukan sekadar mempersembahkan gaya, tetapi satu manifestasi keperibadian yang utuh. Heidi bukan hanya seorang supermodel, malah figura berpengaruh dalam dunia perniagaan yang menyuntik pesona, tenaga dan semangat positif dalam setiap langkahnya. Dalam kempen yang dirakam oleh jurufoto tersohor Rankin di Los Angeles, Heidi memilih sendiri enam gaya kegemarannya daripada koleksi ini, menyerlahkan pendekatan yang lebih peribadi dan yakin, lantas menjadi ia gaya autentik dirinya.

Koleksi Fall/Winter 2025: Aigner Serlahkan Identiti Wanita Melalui Sentuhan Heidi Klum

Antara sorotan utama adalah beg ikonik CYBILL yang diinterpretasi dalam rona timeless seperti hitam, burgundy dan cognac, dipadankan dengan trench coat kulit rona merah gelap yang menyerlahkan aura sofistikasi. Heidi turut berkongsi kecintaannya terhadap beg CARRÉ SOFT dalam rona cognac, beg yang diperbuat daripada kulit ultra-lembut dengan pemegang anyaman sebagai elemen elegan yang subtil. “Saya kini memiliki beberapa saiz iaitu versi besar untuk melancong dan yang kecil untuk gaya harian,” ujar Heidi. Di mana beg ini nyata mencerminkan fesyen cukup versatil dan moden, yang ditawarkan dari koleksi ini.

See also
The Melium Group Raikan Ulang Tahun Fesyen Ke-30 Dengan #MELIUM30TH

Tidak terhenti di situ, gaya-gaya lain menampilkan sisi Heidi yang lebih berani dan ekspresif. Seperti contoh, padanan jaket bouclé oversized dengan perincian kulit dan skirt mini berumbai, digayakan bersama MIRANDA Bag versi bucket. Koleksi ini, di bawah pengarahan kreatif Christian Alexander Beck, membawa mesej penting yang meraikan setiap sisi identiti wanita. “Heidi memberi inspirasi, Dia tampak yakin, kuat dan autentik serta menjadi simbol kepada wanita yang tidak tunduk pada persepsi orang lain,” ujar Beck. Justeru, koleksi ini bukan sekadar tentang rekaan, tetapi ajakan untuk semua wanita tampil berani, berkeyakinan diri dan melangkah dengan gaya yang tersendiri, persis Heidi Klum.

Artikel Berkaitan: Beg Ikonik CYBILL , Terkini Dari Aigner Koleksi Musim Luruh 2023

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.