'Tribut Kepada Hollywood' Rick Owens Kembali Ke Palais de Tokyo Khas Buat SS25 - Glam Malaysia

‘Tribut Kepada Hollywood’ Rick Owens Kembali Ke Palais de Tokyo Khas Buat SS25

Perjalanan kreatif Rick Owens kembali ke Palais de Tokyo pertunjukan SS25 yang merayakan Hollywood di tempat mana inspirasi beliau bermula.

Di runway Rick Owens, beliau sekali lagi meminta semua sekolah fesyen di Paris untuk menghantar pelajar dan fakulti untuk berjalan dalam pertunjukan, bersama anggota pasukan Owenscorp dan beberapa rakan baiknya. Mengembangkan koleksi ‘Porterville’ musim lalu, yang dinamakan sempena ‘bandar kecil yang suka menghukum yang perlu saya tinggalkan,’ musim ini meraikan Hollywood, tempat di mana Owens pergi untuk mencari orang-orangnya.” Pertunjukan fesyen wanita Spring/Summer 2025 jenama itu memberikan penghormatan kepada Hollywood, ‘jalan yang penuh dengan dosa,’ yang pernah menjadi rumah kepada beliau.

Pada pembukaan pertunjukkan fesyen Owens SS25, terlihat para model memperagakan busana hitam seolah-olah menjawab kepada ‘army’ putih yang ditepmakan pada musim lalu. Pelbagai penampilan rona hitam termasuk but tanda tangan Rick tiba secara serentak, diikuti oleh versi ‘deflated’ versi musim lalu, direka oleh Straytukay. Oversice flowy capes, gaun hitam, jaket biker,  knited goaun dan gaun denim membentuk koleksi SS25 yang menawarkan kelas induk skulptural dalam reka bentuk teknikal cukup melambangkan identiti Owens.

See also
Kempen S/S17 Kenzo “Music is My Mistress” Dibintangi Bintang-bintang

Suara untuk Semua, Inclusivity Menyuntik Dunia Fesyen Rick Owens

rick owens rick owens

Karya Owens dengan sentuhan busana jersi telus, pilihan fabrik lembutyang flowy, dan denim bersalut emas merupakan sebahagian daripada tawaran musim ini. Diselang-seli dengan kulit berat yang menjadi titik utama dalam repertoir Rick Owens. Justeru, menurut Rick Owens SS25, siluet besar, but platform ekstrem, dan banyak warna hitam akan sentiasa menjadi fesyen staple beliau.

rick owens

rick owens rick owens

 

Pertunjukkan ini mendefinisikan semula istilah ‘smoke show’ selamanya. Di tengah latar belakang yang sudah dramatik dan lokasi ikonik, selepas hujan lebat berhenti seketika langit kota cinta menjadi biru, sementara enam figura diletakkan di atas bangunan melemparkan konfeti bunga. Menurut nota pertunjukan musim ini, pereka berkata dan menyedari bahawa “the realization that holding the previous season’s shows in my house with a reduced audience ended up being an act of exclusion instead of the observance of respect in the face of our current wars that I had intended.”