Victoria’s Secret Mendefinisi Semula Makna Seksi Dengan Pelantikan Priyanka Chopra - Glam Malaysia
Priyanka Chopra Berbicara Mengenai Puteri Sulung Buat Kali Pertama

Victoria’s Secret Mendefinisi Semula Makna Seksi Dengan Pelantikan Priyanka Chopra

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jenama lingerie tersohor, Victoria’s Secret akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada barisan Angels popular yang memperagakan pakaian dalam berperincian mewah selama bertahun-tahun.

Sebagai ganti, tujuh personaliti dengan pencapaian mengagumkan dipilih sebagai duta untuk kempen terbaharu Victoria’s Secret termasuk Priyanka Chopra.

Selain pelakon itu, enam lagi yang terpilih adalah bintang bola sepak Megan Rapinoe, model dan peguambela Paloma Essler, pemain ski gaya bebas Eileen Gu, model transjantina Valentina Sampaio, model Australia-Sudan Selatan Adut Akech, serta jurugambar dan personaliti media Amanda de Cadenet.