Warna pastel 2025 yang bakal mendominasi seantero dunia fesyen

Warna Pastel 2025: Tona Yang Bakal Dominasi Dunia Fesyen

Warna memainkan peranan besar dalam menentukan gaya dan mood setiap musim fesyen. Bukan sekadar pelengkap, malah ia menjadi asas kepada rekaan dan naratif sesebuah koleksi. Memasuki tahun 2025, palet warna pastel semakin cenderung ke arah tona yang lebih tenang, natural dan elegan.

Pantone meramal warna tahun ini memperlihatkan kecenderungan pereka kepada nuansa bumi, sentuhan pastel yang lembut dan warna yang membangkitkan rasa positif. Dari pentas antarabangsa hingga ke koleksi tempatan, inilah lima rona utama yang diramal bakal mencuri perhatian dalam dunia fesyen 2025.

Mocha Mousse

 

Warna pastel coklat susu yang lembut ini membawa karakter elegan dan versatil. Mocha Mousse sesuai digayakan dalam rekaan jaket, kot panjang, tas tangan kulit dan helaian kasual seperti blaus atau skirt berpotongan ringkas.

Nuansa ini memberi rasa tenang dan selamat, sesuai untuk gaya harian atau penampilan yang lebih sofistikated pada waktu malam. Rona ini juga mudah dipadankan dengan warna neutral lain seperti putih, beige dan hitam.

See also
Palet - Trivia Warna Green Crush

Rose Tan

 

Rose Tan ialah gabungan rona merah jambu dan beige yang memberikan aura feminin tanpa berlebihan. Warna pastel ini mencipta keseimbangan antara kelembutan dan gaya moden.

Ia sesuai untuk busana pejabat, kasual mahupun acara istimewa. Gaya padanan terbaik termasuk sut bersiluet bersih, gaun satin atau aksesori seperti beg tangan dan kasut bertona senada.

Warna pastel Cornflower Blue 

Cornflower Blue membawa kesegaran dan rasa optimis dalam setiap gaya. Warna pastel ini sudah mula kelihatan dalam koleksi musim bunga dan resort oleh jenama antarabangsa seperti Valentino dan Loewe.

Dari dress paras lutut, kemeja oversized hinggalah aksesori kulit, Cornflower Blue adalah pilihan tepat untuk mereka yang ingin tampil ringkas, segar dan moden.

Viola 

warna palet viola juga bakal menjadi warna terhangat tahun 2025

Rona ungu muda seperti Viola sering kali dikaitkan dengan kemewahan dan kreativiti. Tahun ini, warna ini dijangka menjadi pilihan utama untuk busana malam, rekaan sutera, dress labuh serta aksesori glam seperti clutch dan kasut bertumit tinggi.

Viola sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani, namun kekal elegan dalam setiap acara.

See also
Brad Pitt Gayakan Trend Fesyen Ramalannya Selepas 18 Tahun

Tendril 

warna palet tendril bakal menjadi rona hangat tahun ini

Warna pastel hijau muda ini membangkitkan rasa segar dan harmoni. Tendril menepati aliran fesyen yang lebih berfokus kepada kelestarian dan kesedaran alam sekitar.

Rona ini sesuai untuk helaian kasual dalam material seperti linen, kapas organik atau rekaan layering untuk musim panas yang selesa.

Warna Pastel Sebagai Pilihan Gaya Peribadi

Fesyen 2025 memberi peluang kepada peminat gaya untuk tampil lebih berani memilih warna yang mencerminkan personaliti. Rona-rona ini bukan sahaja membawa maksud yang mendalam, malah membolehkan anda bereksperimen dalam membentuk identiti gaya tersendiri.

Adakah anda sudah bersedia untuk memperbaharui almari fesyen anda dengan palet warna pastel baharu sepanjang 2025?

 

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Trend Kecantikan Terkini Untuk Musim Bunga 2025