Zendaya Sarung Gaun Berusia 40 Tahun Ke Majlis Anugerah - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Zendaya Sarung Gaun Berusia 40 Tahun Ke Majlis Anugerah

Zendaya Sarung Gaun Berusia 40 Tahun Ke Majlis Anugerah

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Law Roach, rakan usaha sama yang telah lama bekerja dengan Zendaya menjadi penata gaya pelakon itu untuk acara permaidani merah.

Jelasnya, dia mendapat inspirasi daripada usahawanita Eunice Johnson yang mengasaskan acara Ebony Fashion Fair yang berlangsung sehingga 2009.

“Sudah lama saya menantikan saat ini. Zendaya menyarung YSL Haute Couture vintaj dari tahun 1982 (dalam simpanan peribadi saya) yang pada awalnya dimiliki oleh perintis Eunice Johnson! Kami memberi penghormatan kepadanya,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Selain video Zendaya, dia turut berkongsi foto busana tersebut yang dirakam ketika berlangsungnya acara fesyen hampir 40 tahun lalu.

ysl zendaya
Foto: Instagram/Law Roach