Adele Akhirnya Temui Cinta Sejati? - Glam Malaysia
Adele Akhirnya Temui Cinta Sejati?

Adele Akhirnya Temui Cinta Sejati?

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dua hari lalu Adele dirakam menghadiri perlawanan akhir NBA yang berlangsung di Footprint Center di Phoenix, Arizona.

Adele yang menyarung persalinan serba hitam bersama kot bermotif dilihat bersorak dan memberi semangat kala Phoenix Sun menghentam Milwaukee Bucks dalam pusingan kelima.

Kemunculannya di barisan penonton menjadi perbualan ramai, namun apa yang lebih menarik perhatian peminat adalah interaksinya bersama jejaka yang duduk di sebelahnya, Rich Paul.

Adele dan Paul, ejen kepada bintang NBA LeBron James tidak menunjukkan sebarang kemesraan luar biasa, namun gaya percakapan dan bahasa tubuh yang ditunjukkan mencetuskan spekulasi bahawa mereka kini sedang dilamun cinta.

adele and rich paul sitting courtside at the 2021 NBA finals
Foto: Christian Petersen/Getty Images