AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL - Glam Malaysia
AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

AFT – Generasi terkini dalam teknologi penyingkir rambut, untuk keselesaan, hasil dan keselamatan maksimum.

Dengan kepelbagaian jenis rawatan penyingkiran rambut, pilihan untuk menjaga keselamatan diri sememangnya terletak pada diri kita sendiri. Teknologi memainkan peranan besar dalam memastikan keselamatan dan terutamanya bila ia berkenaan fizikal kami, pastinya kita perlu arif dan selektif agar rawatan yang terbaik dapat diperoleh. GLAM memperkenalkan rawatan AFT yang khabarnya lebih selamat dan unggul berbanding IPL.

Sebagai jenama yang dipercayai dan berpengalaman selama 19 tahun dalam kepakaran ini, Strip menawarkan perkhidmatan AFT era baru. Kaedah penyingkiran rambut generasi futuristik ini adalah rawatan pilihan yang boleh menghilangkan sehingga 80%* bulu rambut yang tidak diingini, dengan lebih berkesan berbanding sebelumnya.

AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

Teknologi pengurangan rambut canggih yang ditawarkan adalah hasil kerjasama Strip dengan salah satu pembekal global terkemuka dalam solusi perubatan dan estetik berasaskan tenaga, Alma Laser. Mesin AFT Strip dibina khas dan mampu memenuhi semua kriteria penting dalam penyingkiran rambut – keselamatan, keberkesanan dan keselesaan. Dengan rawatan era baharu yang dilengkapi dengan teknologi penyingkiran rambut dari Alma yang disesuaikan, pengalaman yang tiada tandingan menanti anda di Strip.

See also
Priyanka Chopra Tawan Dunia Kecantikan Rambut