Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021 - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

La Vita Davanti A Sé (The Life Ahead)

Satu-satunya filem Netflix yang menerima pencalonan Filem Bahasa Asing Terbaik. La Vita Davanti A Sé atau The Life Ahead adalah filem bahasa Itali yang menampilkan lakonan hebat legenda, Sophia Loren. Ikon Hollywood itu kembali ke layar perak melalui file mini selepas 10 tahun sejak filem terakhirnya. Ia mengisahkan seorang bekas pelacur yang juga bekas mangsa Holocaust, Madam Rosa yang memberikan khidmat penjagaan buat anak-anak wanita yang bekerja di kota pelabuhan di Bari, Itali. Filem adaptasi daripada novel The Life Before Us oleh Romain Gary telah menerima pelbagai penghargaan, termasuklah Filem Antarabangsa Terbaik di Anugerah San Diego Film Critics Society awal tahun ini.

Pencalonan:

  1. Filem Bahasa Asing Terbaik
  2. Lagu Asal Terbaik (Io sì (Seen) oleh Diane Warren, Laura Pausini, dan Niccolò Agliardi

Foto: Netflix.com

Baca lebih lanjut: Rumah Serena Williams Yang Minimal, Moden dan Mengagumkan!