Bunga ros adalah simbol cinta sebenar. Dan bersempena dengan Hari Ibu kali ini, Piaget mempersembahkan himpunan perhiasan kemas bertemakan bunga ros pada loket rantai dan anting-anting. Dihasilkan daripada emas putih 18K, koleksi perhiasan kemas ini menceduk inspirasi daripada ros Yves Piaget dengan sebutir berlian nilam fuchsia dikelilingi oleh 80 lapisan kelopak bunga.