Bintang Global Jin BTS Tamat Latihan Ketenteraan
Bintang Global, Jin BTS, Tamat Latihan Ketenteraan

Bintang Global, Jin BTS, Tamat Latihan Ketenteraan

Ahli kumpulan paling popular di Korea Selatan, Jin, telah tamat latihan ketenteraannya pada 12 Jun 2024 dan dijemput pulang oleh ahli BTS. 

Selepas 18 bulan berkhidmat, ahli tertua kumpulan global BTS, Jin, akhirnya berjaya menamatkan latihan ketenteraannya. Dia juga merupakan ahli pertama BTS yang memulakan latihan ketenteraan pada bulan Disember tahun 2022 dan diikuti oleh J-Hope. Jin atau nama sebenarnya Kim Seok-jin telah menamatkan latihannya sebagai askar petugas aktif bahagian infantri di Yeoncheon, Gyeonggi-do pada 12 Jun 2024. 

bts jin

Dia dijemput oleh rakan sekumpulannya, RM, J-Hope, V, Jungkook dan Jimin  di hadapan pagar pangkalan tentera Yeoncheon. RM menjemput kepulangan rakannya itu sambil memainkan lagu Dynamite menggunakan saksofon. Ahli tertua kumpulan BTS itu juga dijemput dengan sejambak bunga yang besar serta pelukan daripada ahli kumpulannya itu. Hubungan mesra di antara ahli kumpulan BTS itu dapat dirakam ramai orang yang berada di Yeoncheon. 

bts jin

bts jin

Penyanyi kelahiran Korea ini juga dijemput oleh para peminatnya, ARMY, dengan sepanduk yang dipenuhi mesej-mesej mengharukan. Antaranya seperti “Seok-jin, anda sudah buat yang terbaik selama 548 hari. Kami akan berada disisi anda dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi” dan “Seok-jin yang paling kacak di seluruh dunia! Tahniah!”.

See also
Ashley Olsen Selamat Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Rahsia

Selain daripada mesej dari ARMY, daerah Yeoncheon juga memasang sepanduk dengan mesej “Jin BTS, setahun setengah yang lalu adalah kegembiraan untuk kami. Yeoncheon tidak akan melupakan anda!”

Walaupun salah satu ahli BTS tidak dapat menghadirkan diri, Suga, dikhabarkan akan berjumpa dengan ahli kumpulannya itu di syarikat mereka, HYBE. Suga juga sedang menjalankan latihan ketenteraan dan akan tamat pada 21 Jun 2025. Jin menamatkan latihannya pada masa yang tepat kerana 13 Jun 2024 merupakan ulang tahun ke-11 untuk BTS. Sumber daripada BigHit Music, Jin akan mengetuai perayaan Festa bersama ARMY untuk menyambut ulang tahun ke-11 BTS.