Fairmont Jaipur, Destinasi Penginapan Mewah Dengan Keunggulan Seni Bina Dan Budaya - Glam Malaysia

Fairmont Jaipur, Destinasi Penginapan Mewah Dengan Keunggulan Seni Bina Dan Budaya

Terokai pengalaman yang menakjubkan lagi indah di Fairmont Jaipur, India. Destinasi penginapan terbaik yang menjanjikan kemewahan budaya dalam pengurusan hospitaliti, keindahan landskap serta kemegahan seni bina.

Fairmont Jaipur merupakan sebuah penginapan hotel bertaraf lima bintang yang gah seakan istana mewah. Berpangkalan di Pink City, ruang penginapan yang mewah ini mempunyai perincian kemegahan agung Rajasthani. Hotel Fairmont Jaipur menyediakan perkhidmatan kelas pertama buat para pengunjung dengan pengalaman yang luar biasa. Reka bentuk diraja Rajasthani menjadi inspirasi disemai dengan kemudahan moden yang kontemporari. Tetamu pasti dapat merasai keindahan warisan budaya sambil menikmati percutian yang selesa lagi mewah. Pengembaraan ke Fairmont Jaipur juga tidak lengkap tanpa penerbangan bersama AirAsia, menyediakan penerbangan yang cukup selesa dengan hospitaliti terbaik mereka.

Kemegahan Seni Bina Dan Budaya Di Fairmont Jaipur

Kamar Diraja Rajasthani

Foto: Fairmont Jaipur

Bagai beradu di kamar istana, keunggulan bilik di Hotel Fairmont Jaipur sememangnya amat mengujakan! Setiap perincian dianyam bersama dengan kemewahan warisan Rajasthan yang digabungkan dengan reka bentuk kontemporari. Gerbang Mughal yang rumit membingkai ruang, lalu menyuntik dekorasi yang tampak mewah. Manakala pemilihan fabrik yang minimalis pada langsir dan sofa, membangkitkan lagi elemen yang penuh estetika. Selain itu, pemilihan warna dinding pula menzahirkan rasa nyaman, lantas menjadikan ruang terasa besar dan nyaman.

See also
Britney Spears & Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

Oasis Spa Ruhab

Foto: Fairmont Jaipur

Ruhab bermaksud ‘orang yang membawa kebahagiaan’. Menjejaki diri ke ruang spa ini ternyata mampu memberikan keseronokan! Padanan dekorasi yang tidak keterlaluan menyuntik suasana yang sedap mata memandang. Kemasan langsir, sofa dan katil turut mendominasi pembentukan ruang spa ini. Padanan dinding serta lantai dengan corak berbeza pula menaikkan seri ruang bilik. Bukan sahaja dekorasi bunga, malah patung dewa juga turut menghiasi lantas mencipta aura yang menarik. Seperti spa biasa, lampu yang malap semestinya lebih sesuai kerana ianya menenangkan untuk berehat.

Ruang Makan Zoya

Foto: Fairmont Jaipur

Walau mempunyai sehingga tiga ruang makan dengan tema yang berbeza, namun ruang makan Zoya menjadi tumpuan. Zoya merupakan restoran makan sepanjang hari yang menghidangkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Ruang makan ditata dalam gaya mewah dengan susun atur meja yang rapi. Kerusi dan meja berkayu menyerlahkan lagi aura estetik diraja. Pemilihan rona dinding serta ruang terbuka yang memberi pandangan terus ke luar, mengalirkan suasana tenang dengan pencahayaan yang menghidupkan ambien ruang.

See also
Anugerah Terindah Noh Salleh & Mizz Nina

Bar Lobi Anjum

Foto: Fairmont Jaipur

Bar Lobi Anjum ini merupakan ruang melepak yang mempersonakan dengan jamuan koktail terbaik. Ruang ini menyajikan bar yang terpampar di tengah-tengah sudut lobi. Susun atur meja pula mengelilingi bar dengan pemilihan sofa melengkung yang sofistikated dan kontemporari. Lampu candelier pula menjadi pelengkap dekorasi yang tampak anggun. Sama seperti ruang makan, ia mempunyai ruang terbuka yang memberi pandangan terus ke luar. Menghasilkan suasana tenang dengan pencahayaan yang menghidupkan pojok lebih romantik.

Kolam Chaupar

Foto: Fairmont Jaipur

Menyelam ke dalam ketenangan dengan perairan biru kolam yang dikelilingi oleh seni bina mengagumkan Fairmont Jaipur. Outdoor pool menjadi pilihan buat tempat penginapan bertaraf lima bintang ini. Kolam dengan reka bentuk seperti huruf T, memenuhi ruang landskap yang menakjubkan. Ruangan ini dilengkapi dengan kerusi santai bersama payung serta rumput hijau yang dijaga rapi bagi menyerlahkan lagi tata hias keseluruhan Kolam Chaupar.

Artikel Berkaitan: The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah

See also
GLAM Profil: Shukri Shari, Pengarah Kreatif Locka