Penampilan Sarah Jessica Parker Dengan Rambut Beruban Mengejutkan Peminat - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Penampilan Sarah Jessica Parker Dengan Rambut Beruban Mengejutkan Peminat

Penampilan Sarah Jessica Parker Dengan Rambut Beruban Mengejutkan Peminat

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Sarah telah pun berusia melebihi separuh abad. Siri pujaan ramai ini mula ditayangkan pada 1998 sewaktu dia berumur 35 tahun, dan kini dia telah pun berusia 56 tahun.

Penampilannya itu mencetuskan perbualan hangat di Twitter. Seorang netizen menulis, “Berapa usia SJP? Dia kelihatan tua dalam foto yang saya baru lihat,” manakala seorang lagi menambah, “Apa jadi kepada aging gracefully? Miranda (watak lakonan Sarah) nampak tua.”

Seorang lagi netizen mempersoalkan tindakan pelakon itu yang mengambil berat mengenai kecantikan wajah, tetapi mengabaikan penampilan rambut.

“Wajahnya penuh dengan filler tetapi dia tidak mewarnakan rambutnya…pelik,” tulisnya.

Siri reboot yang diberi judul And Just Like That ini akan menemui peminat pada hujung tahun ini menerusi saluran HBO Max.

sex and the city
Foto: HBO Max

Foto: Getty Images

Baca: Tanpa Kim Cattrall, ‘Sex and the City’ Akan Kembali Di HBO Max