Rozel MaxiFlex Kingdom, Kamar Istirahat Mewah Pilihan Emma Maembong

Rozel MaxiFlex Kingdom, Kamar Istirahat Mewah Pilihan Emma Maembong

Mencapai keharmonian luar biasa dalam diri setiap insan yang menetap dalam persekitaran moden hari ini bersama Rozel Maxiflex Kingdom.

Penyelaras: Amira Azman Arahan Seni: Amirul Arifin Gambar: Lily Allissa Solekan: Ezad Ibrahim Dandanan: Philex Chin

Gaya hidup sihat adalah sebuah anugerah yang tidak semua mampu capai. Ia melambangkan kemewahan alamiah dan patut dimiliki oleh setiap manusia. Buat Rozel, kemewahan ini haruslah bermula dari kamar tidur, sebuah oasis yang menawarkan kedamaian dan keharmonian yang tidak ternilai.

GLAM bersama Emma Maembong bergandingan menyelami ketenangan dalam melayari keindahan mendapatkan tidur yang lena bersama tilam eksklusif lagi mewah daripada koleksi Maxiflex Kingdom oleh Rozel ini.

Melihatkan gaya hidup Emma yang senantiasa sibuk baik di set penggambaran, menghadiri majlis-majlis rasmi juga dalam menguruskan hal ehwal anak dan rumah tangga merumuskan Emma sebagai figura yang sangat tekun dan berkerja keras dalam setiap apa yang dilakukannya.

Rozel MaxiFlex Kingdom

Justeru itu, setelah seharian penat mendedikasikan diri pada kerja, pastinya waktu pulang ke rumah adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh setiap daripada kita termasuklah pada diri Emma sendiri. Usai membersihkan diri dan kemudiannya dapat melabuhkan badan di atas tilam yang empuk adalah nikmat yang sesungguhnya tidak dapat diungkapkan.

Namun, hanya tilam berkualiti tinggi mampu memberikan impak luar biasa pada tubuh badan yang penat. Maka dengan itu, jenama tempatan Rozel, dengan teliti mencipta tilam premium buat para penggunanya. Mereka memahami langsung menetapkan keharmonian fizikal dan rohani adalah misi utama dalam pembuatan tilam koleksi Maxiflex Kingdom ini.

See also
Raikan Festival Cahaya Penuh Warna Di Pavilion Kuala Lumpur

Selain daripada itu, pembuatan tilam mewah daripada Rozel ini turut mengutamakan keselesaan buat setiap penggunanya yang hadir daripada pelbagai latar gaya hidup yang berbeza-beza. Buat anda yang berkerja dalam sektor korporat, ahli sukan, pelajar atau juga suri rumah, walaupun setiap daripada kita hadir dalam tahap kepenatan dalam laras yang berlainan, percayalah tilam ini mampu memenuhi setiap anatomi tidur penggunanya.

Rozel MaxiFlex Kingdom

Malah, Maxiflex Kingdom ini dibuat dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi serta teknologi tilam dwilapis yang tidak hanya menawarkan keselesaan premium, tetapi juga membantu menyesuaikan postur badan dengan sokongan terbaik. Bukan sekadar bantal perlu dititikberatkan, akan tetapi keselesaan tilam memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk postur tubuh badan yang kukuh.

Pemilihan tilam berkualiti amat penting dan ia bukanlah sekadar bergantung kepada rupa dan bentuknya sahaja, akan tetapi pada teknologi yang ditampilkan oleh sesuatu jenama itu. Seperti di Rozel, bukan sekadar tilam yang empuk menjadi titik fokus penciptaannya, kecemerlangan fabrik juga antara karakteristik penting yang dititikberatkan. Fabrik yang tepat mampu memberikan rasa nyaman langsung mempertingkatkan lagi rasa ketenangan pada diri walaupun adanya bantuan lapisan cadar melapik tilam Maxiflex Kingdom ini.

See also
Sama Sama Cantik! Ini Dia 8 Personaliti Anggun Mewarisi Kejelitaan Si Ibu

Menegapa kami katakan tilam ini adalah tilam berkualiti tinggi? Ini kerana ia dicipta begitu sempurna sekali menggunakan fabrik rayon. Terkenal dengan signatur tekstur lembut bak sutera ini, rayon itu sendiri adalah gentian serat yang diperbuat daripada pulpa kayu yang memiliki rintangan lelasan dan hidrofilik terbaik. Maka, tidak hairan jika anda dapat merasakan sendiri rasa tilam lembut, sejuk, serap lembapan juga bebas statik. Ternyata, tilam ini amat sesuai dengan cuaca lembap dan panas di Malaysia seperti hari ini.

Rozel MaxiFlex Kingdom

Antara keistimewaan lain yang terdapat pada tilam ini adalah menerusi pembuatannya yang menggunakan teknologi Cloud Foam. Ia merupakan sebuah material yang ringan dan mampu memberikan rasa sensasi yang selesa ketika tidur. Tampil dengan aliran udara yang cukup baik di dalam tilam, membuatkan si pengguna rasa selesa merebahkan badannya walau dalam keadaaan cuaca yang sungguh kering dan panas.

Seperti Emma, dia amat mementingkan rehat yang cukup juga waktu tidur yang konsisten. Tambahnya lagi, keselesaan pada tempat yang ingin dijadikan sebagai kawasan istirahat adalah amat penting. Maka, Emma akan memastikan kamarnya cukup mendamaikan untuk dia rehat secukupnya sebelum memulakan hari yang baru. Pemilihan tilam yang tepat adalah sesuatu yang penting buat diri Emma saat membina kamar tidur impiannya.

Dalam mencari sesebuah tilam, pastinya perkara seperti daya tahan menjadi salah sebuah faktor sebelum membeli. Manakan tidak, pembelian tilam adalah ibarat sebuah pelaburan jangka masa panjang untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi di usia matang, pemilihan tilam yang betul akan memberi impak pada kesihatan tubuh badan.

See also
Kaia Gerber Ulas Pengalaman Bercinta Dengan Lelaki Berusia Ketika Remaja

Ketahanan sesebuah tilam ini sudah tentu bergantung kepada layar spring. Sistem spring yang terdapat pada Maxiflex Kingdom ini harus dipandang tinggi. Tampil dengan sistem poket spring bebas yang disesuaikan secara intuitif dengan mengurangkan titik tekanan sambil memastikan sokongan postur terbaik buat seluruh tubuh tatkala baring.

Maka, anda tidak perlu lagi risau, Rozel memperkenalkan teknologi Spring 2 Spring dan kemudian disuntikkan dalam ciptaan tilam Maxiflex Kingdom ini menawarkan ketahanan dua kali ganda dengan bantuan spring mikro serta poket spring ditempatkan pada tujuh zon. Setiap ciri ini dicipta dengan satu gol yang sama iaitu memberikan sokongan padu pada seluruh tubuh badan yang baring di atas tilam empuk ini.

Tidak cukup dengan itu, Maxiflex Kingdom menjanjikan kualiti terbaik di mana ia menampilkan jahitan yang cukup kemas dengan butang berkualiti tinggi. Setiap jahitan diperbuat menerusi ketukangan tangan eksklusif langsung menjanjikan pembuatan tilam tahan lama untuk penggunaan masa panjang. Ia adalah sebuah pelaburan yang terbaik buat sesiapa sahaja yang menginginkan kemewahan buat diri sendiri.