Samsung Galaxy Z Fold7: Revolusi AI Pintar Pilihan GLAM - Glam Malaysia
Samsung Galaxy Z Fold7

Samsung Galaxy Z Fold7: Revolusi AI Pintar Pilihan GLAM

Memperkenalkan Samsung Galaxy Z Fold7; telefon pintar paling ringan dan nipis Samsung dengan kuasa Galaxy AI, kamera 200MP serta paparan besar 8 inci.

Ada sesuatu yang begitu elegan tentang Samsung Galaxy Z Fold7, sebaik sahaja memegangnya, saya sedar ini bukan sekadar telefon pintar biasa. Reka bentuknya yang cukup nipis dan berat hanya 215g menjadikan Fold7 sebagai model paling ringan dalam sejarah Galaxy Fold. Ia hadir dengan siluet moden yang terasa begitu luxurious di tangan, tanpa kompromi pada prestasi.

Apabila dibuka, saya disambut paparan utama bersaiz 8 inci yang memukau dengan Dynamic AMOLED 2X yang terang, tajam dan kaya warna. Paparan penutup pula berukuran 6.5 inci, menjadikan navigasi harian begitu lancar. Tidak kira menyunting, menonton atau multitugas, semuanya terasa lebih produktif, lebih imersif. Vision Booster dan kecerahan maksimum 2,600 nits pula memastikan paparan kekal jelas, walaupun di bawah cahaya matahari tropika maka, tiada lagi perlu berlindung untuk melihat skrin.

See also
15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan

Bahagian kamera? Cukup mengagumkan. Sensor 200MP pertama dalam siri lipat Galaxy menghasilkan imej dengan butiran yang luar biasa, dan warna yang kaya serta hidup. Dalam suasana cahaya malap, AI ProVisual Engine memastikan hasil tetap menawan. Bagi rakaman video, saya terpesona dengan fungsi Night Video dan 10-bit HDR — memberi sentuhan sinematik yang elegan, sesuai untuk gaya hidup moden yang serba visual.

Samsung Galaxy Z Fold7

Apa yang benar-benar membezakan Fold7 ialah kehadiran Galaxy AI, kini dioptimumkan untuk paparan besar. Generative Edit, Suggest Erases dan Portrait Studio memberi kuasa kepada pengguna untuk menyunting dengan penuh gaya dan kawalan, semuanya hanya di hujung jari. Malah, Audio Eraser menyingkirkan bunyi latar seperti angin atau trafik secara automatik. Ini adalah satu kelebihan besar bagi pencipta kandungan.

Dengan sistem terkini One UI 8 dan Android 16, Galaxy Z Fold7 turut hadir dengan Gemini Live, ciri AI multimodal yang membolehkan anda bertanya soalan berdasarkan apa yang anda lihat. Circle to Search pula membuka cara baharu untuk mencari maklumat. Hanya lingkar apa yang ingin anda tahu, dan jawapan pun hadir.

See also
Chinese Classics Redefined

Samsung Galaxy Z Fold7 bukan sekadar telefon. Ia adalah manifestasi gaya hidup pintar dan sofistikated. Telefon ini juga menjadi studio kreatif, pembantu peribadi dan platform hiburan, semuanya dalam satu peranti yang mudah dibawa ke mana-mana. Buat anda yang menghargai teknologi, estetika dan gaya hidup yang penuh aspirasi, Fold7 ialah simbol masa depan yang sudah pun tiba.

Artikel Berkaitan: Impresi Pertama Samsung Galaxy Ring: Peranti Pintar Wajib Miliki

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.