Scarlett Johansson Ucap Selamat Tinggal Kepada Black Widow Selepas 11 Tahun - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
5 Pelakon Berbakat Besar Dalam Bidang Nyanyian

Scarlett Johansson Ucap Selamat Tinggal Kepada Black Widow Selepas 11 Tahun

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Tetapi saya sangat bangga dengan filem ini. Ia berbeza daripada filem Marvel lain yang pernah dihasilkan sebelum ini. Jadi ya, seperti yang katakan tadi, ia pahit-manis.”

Reaksi awal terhadap filem ini mula tersebar di media sosial kira-kira dua minggu lalu. Ramai memuji aksi dan jalan cerita yang ditampikan, termasuk bakat bintang baharu, Florence Pugh yang memegang watak sebagai Yelena Belova.

“Pendapat saya mengenai #BlackWidow adalah, jika ia ditayangkan di pawagam, jangan lepaskan peluang untuk menonton – saya amat mengesyorkannya,” jelas Devan Coggan, penulis Entertainment Weekly.

Black Widow bakal ditayangkan di pawagam dan Disney+ Premier Access bermula 9 Julai ini.

Foto: Joel C Ryan/Invision/AP

Baca: Park Seo Joon Bakal Sertai Brie Larson Dalam The Marvels