‘The Crown’, ‘The Mandalorian’ Mendahului Emmy 2021 Dengan 24 Nominasi - Glam Malaysia

‘The Crown’, ‘The Mandalorian’ Mendahului Emmy 2021 Dengan 24 Nominasi

Siri drama Netflix, ‘The Crown’ berkongsi kedudukan bersama ‘The Mandalorian’ daripada Disney+ dengan 24 nominasi masing-masing di Anugerah Emmy 2021, dan diikuti oleh siri Marvel, ‘Wanda Vision’ dengan 23 pencalonan.

Siri drama diraja United Kingdom dan francais fantasi ‘Star Wars’ menguasi senarai nominasi Anugerah Emmy 2021. Siri drama Netflix, ‘The Crown’ berkongsi kedudukan teratas bersama ‘The Mandalorian’ daripada Disney+ dengan mendapat 24 pencalonan masing-masing, dan diikuti oleh siri Marvel, ‘WandaVision’ dengan 23 nominasi.

Princess Diana (EMMA CORRIN) and Prince Charles (JOSH O CONNOR) darpada ‘The Crown’ (Foto NETFLIX)

Platform penstriman terus menguasai senarai nominasi kali ini, Walaupun HBO mendahului dengan 130 nominasi secara keseluruhan, sebahagiannya adalah daripada platform penstriman HBO Max. Gergasi penstriman antarabangsa, Netflix menerima 129 nominasi total, manakala Disney+ pula berada di kedudukan ketiga dengan 71.

The Mandalorian (Foto DISNEY+)

Selain Siri Drama Terbaik, ‘The Crown’ dicalonkan dalam semua kategori lakonan utama. termasuklah buat Olivia Colman (Ratu Elizabeth II) dan Emma Corrin (Puteri Diana) untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Josh O’Connor (Putera Charles) pula menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik. ‘The Crown’ akan ditanding bersama ‘The Mandalorian’, ‘Bridgerton’, ‘Pose’, ‘The Handmaid’s Tale’, ‘The Boys’, ‘Lovecraft Country’ dan ‘This Is Us’ untuk kategori Siri Drama Terbaik.

Elizabeth Olsen dan Paul Bettany daripada ‘WandaVision’ (Foto DISNEY+)

Untuk kategori Siri Terhad Terbaik, siri Marvel ‘WandaVision’ meneruskan menguasaan siri fantasi dan sci-fi terdahulu seperti ‘Games of Thrones’ serta ‘Lost’. ‘Wanda Vision’ akan bersaing bersama ‘I May Destroy You’, ‘Mare of Easttown’, ‘The Queen’s Gambit’, dan ‘The Underground Railroad’. Pelakon utama ‘Mare of Easttown’, Kate Winslet turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Siri Terhad bersama Anya Taylor-Joy, Michaela Coel dan Elizabeth Olsen.

Kate Winslet dalam ‘Mare of Easttown’ (Foto HBO)

Tahun ini, nominasi Anugerah Emmy merangkumi tempoh pandemik yang masih memberikan kesan kepada industri televisyen antarabangsa. Beberapa penerima nominasi sangat mengejutkan, seperti siri ‘Cobra Kai’ yang tercalon untuk kategori Siri Komedi Terbaik. Dan selepas kontroversi tahun lalu, ‘Emily in Paris’ masih menerima pencalonan untuk kategori yang sama. Rancangan bual bicara Oprah Winfrey bersama Puteri Harry dan Meghan Markle yang menjadi bualan ramai Mac lalu, juga menerima satu pencalonan.

SAMUEL ARNOLD dan LILY COLLINS daripada ‘EMILY IN PARIS’ (Foto NETFLIX)

Anugerah Emmy ke-73 akan diadakan secara langsung pada 19 September 2021 dengan kehadiran penerima nominasi dan tetamu yang terhad. Cedric the Entertainer akan bertindak selaku hos nanti.

See also
Daler Yusuf Buat Kejutan, Umum Isteri Hamil Anak Ketiga

Foto: Netflix, Disney+ & HBO

Baca lebih lanjut: Betty Catroux – Muse Sebenar Yves Saint Laurent