5 Sunscreen GBC Lulus Untuk Dibeli
Krim sunscreen atau dikenali sebagai tabir suria adalah produk penjagaan kulit wajib perlu ada dalam rutin penjagaan. Samada dalam tekstur krim atau gel. Ini 5 terbaik pilihan GBC!
Jika anda sedar, negara sekarang semakin panas! Semakin bahang. Oleh itu, kulit anda memerlukan pelindungan segera. Sebelum menggunakan SPF, pastikan anda sudah melakukan rutin penjagaan kulit dengan rapi. Dari rutin membersihkan wajah, melembapkan kulit, serum wajah. Pakar mengesyorkan sebelum menggunakan sunscreen, pastikan tangan anda bersih dan sapu rata pada permukaan wajah!
Tahukah anda, sepanjang seharian di luar mahupun di dalam rumah kulit sentiasa terdedah dengan elemen yang boleh menjadi punca akan kerosakan kulit. Sejak dua menjak ini, cuaca di Malaysia semakin panas ada sesetengah kawasan mencecah 40 darjah celcius! Jika kerap anda terdedah dengan sinaran ini, kulit akan berhadapan dengan masalah pigmentasi dan penuaan yang cepat!
SUPERGOOP
Sambil melindungi wajah, wajah menjaga kulit kelihatan semula jadi. Supergoop hadir dengan produk terkini iaitu Protec(tint) Daily SPF Tint SPF 50 PA++++ yang dirumus khas untuk semua jenis warna kulit. Formulanya bersifat minimalis yang punya kemasan ringan dan lindung dari sinaran UV.
AESOP
Losyen krim tabir suria Aesop ini melengkapi rejim penjagaan kulit wajah yang juga mengimbangi struktur kulit. Aesop Protective Facial Lotion SPF50 menawarkan perlindungan UV dalam spektrum tinggi dan ideal untuk kegunaan harian. Turut menghidratkan kulit wajah.
-
Aesop Protective Facial Lotion SPF50RM255.00
ULTRA VIOLETTE
Pelembap bibir sensasi Sheen Screen SPF 50 Hydrating kembali hadir melindungi bibir dengan formula terbaik dalam melindungi bibir dari sinar UV. Aroma pudina disebalik empat warna baharu menyegarkan bibir dan lagi bersinar.
CETAPHILL
Sesuai untuk kuli sensitif. Cetaphill Sun SPF 50+ Light Gel adalah gel pelindung matahari yang bersifat ringan dan kalis air tinggi. Gel ini juga sesuai digunakan untuk kegunaan harian .
-
Cetaphill Sun SPF 50+ Sun GelRM105.85
SK-II
Ubah rutin anda dengan gandingan terkini krim UV ringan Airy SK-II Atmosphere SPF 50+/PA++++ yang memberi perlindungan dari wajah bebas dengan sinaran spektrum matahari tinggi dan juga berkesan sebagai anti-penuaan. Krim ini direka sebagai asas perlindungan yang ringan dan mencengkam solekan lebih kemas. Turut sesuai untuk kulit jenis sensitif.
-
SK-II Atmosphere Airy Light UV CreamRM350.00
Pautan berkaitan Ini Ialah 5 Wangian Ikonik Pilihan GBC Untuk Hari Ibu
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”