GBC Eksklusif Backstage : Rossa, Another Journey The Beginning
GBC dapat pas eksklusif ke backstage bersama penyanyi terkenal Rossa. Katanya, dia amalkan trik ini sebelum bersolek!
GLAM Beauty Club berbesar hati apabila mendapat green light untuk merakamkan momen penyanyi tersohor kesayangan ramai, Rossa bersiap sebelum ke pentas utama. Kehadiran dia ke Kuala Lumpur adalah untuk menyerikan konsertnya yang berlangsung di Zepp, KL. Beauty Editor GBC, Julia Azman sempat mengorek rahsia bersama jurusolek kesayangannya, Ferry Fahrizal bagaimana Rossa kekal menawan dan cantik.
Dia tidak gemarkan solekan berwarna metalik! Apa sahaja berkaitan dengan warna ini bakal buat dia tidak ada mood. Kerana jelas, tidak selesa dengan pigmentasi yang terlalu heavy buat dirinya yang ceria.
TEMA SOLEKAN KONSERT ROSSA
Sejujurnya, saya hanya mengikut apa yang penata gaya, Astecat tentukan untuk Rossa. Tetapi untuk malam ini, solekan mata saya memilih warna merah jambu selaras dengan warna busana pertamanya. Rekaan gaun pendek dilengkapi dengan juraian jemeki oleh pereka tempatan, Raffiey Nasir ini sangat sesuai dengan karakter Rossa. Palet matanya, saya menggabungkan warna dari Anastasia Beverly Hills dan Tom Ford Beauty sesuai dengan kelopak matanya yang kecil.
TREND BARBIECORE HANGAT DIPERKATAKAN, DI JAKARTA TREND INI VIRAL?
Solekan matanya berwarna merah jambu inilah saya bayangkan dia Barbie bergerak di atas pentas. Di Jakarta, boleh dikatakan trend ini semakin berleluasa. Ramai yang tampil dengan solekan ala Barbie.
RAHSIA ROSSA AWET MUDA?
Dia gemar prep wajah sebelum hadir ke set! Baginya rutin penjagaan wajah sangat penting sebelum bersolek. Tanpa rutin yang sempurna, pasti solekan tidak tahan lama atau bercapuk.