GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Skin-Tech Luxury Face Cream - Glam Malaysia
GLAM BEST OF BEAUTY 2025: Best Skin-Tech Luxury Face Cream

GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Skin-Tech Luxury Face Cream

 Lancôme Absolue Soft Cream membuktikan keunggulannya apabila dipilih sebagai pemenang kategori “Best Skin-Tech Luxury Face Cream”

Krim wajah inovatif ini bukan sahaja menawarkan formula yang hebat, tetapi juga membawa revolusi dalam penjagaan kulit mewah dan ini dipersetujui oleh ahli panel GLAM Beauty Club. Keunikan tekstur berkrim yang berubah apabila bersentuhan dengan kulit meraih perhatian ahli panel dengan serta-merta.

Rahsia di sebalik keberkesanan produk ini terletak pada penggunaan Absolue Perpetual Rose™️, sejenis mawar istimewa yang hanya tumbuh di dataran Valensole dan berbunga sepanjang tahun. Melalui teknologi termaju, jutaan pecahan molekul mawar ini dikapsulkan dalam formula krim yang telah dipatenkan, menjadikannya keajaiban anti-penuaan yang luar biasa.

Lebih memberangsangkan, gabungan formula yang diperkayakan dengan Proxylane yang dipatenkan, satu bahan aktif yang terbukti merangsang penghasilan protein dalam kulit. Proxylane ini akan membantu mengurangkan kedutan, malah mencegah kulit kendur dengan membantu menstruktur semula, memadatkan dan mengenyalkan kulit secara menyeluruh.

See also
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kulit Lembut Bak Sutera

Keistimewaan Absolue Soft Cream juga ditambahkan dengan gabungan minyak esensi  terpilih seperti biji meadowfoam, aprikot, buah markisa dan rice bran. Kegunaan minyak esensi ini memberikan kesan pelembapan dan pencerahan yang optimum, menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan berseri.

Absolue Soft Cream membuktikan bahawa ia bukan sekadar produk wajah biasa, tetapi masterpiece dalam dunia penjagaan kulit premium. Maklumat lanjut, sila klik pautan INI untuk mengetahui lebih terperinci mengenai rangkaian Lancôme Absolue

Artikel berkaitan Wajah Baharu Lancôme , Olivia Rodrigo

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan