GLAM Lebaran: Ady Razak Kongsi Tip Eksklusif Solekan Raya Buat GBC!
Baru-baru ini, GLAM Beauty Club sempat menemu bual the one and only jurusolek yang sudah lama berkecimpung di dalam dunia solekan iaitu Ady Razak. Ketika mengadakan sesi pengalaman cantik bersama Lancome, Ady Razak telah meluangkan sedikit masa dengan berkongsikan tentang tip-tip solekan raya buat ahli GBC sempena lebaran kali ini!
Ady Razak merupakan seorang jurusolek selebriti yang sudah lama bergiat dalam industri kecantikan. Sentuhan tangan Ady Razak sememangnya tampak mahal dan penuh eksklusif. Beliau turut menjadi pilihan hati selebriti yang terkemuka, antaranya ialah Izara Aishah, Zahirah Mac Wilson, Marsha Milan dan ramai lagi. Namun, antara pencapaian terbesar Ady sebagai seorang jurusolek adalah apabila beliau berpeluang memberi sentuhan magisnya kepada pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023, Tan Sri Michelle Yeoh! Oleh yang demikian, jom ikuti temu bual edisi lebaran bersama Ady Razak khas buat ahli-ahli GBC.
Tip Solekan Edisi Lebaran Bersama Ady Razak Buat Ahli GBC
1. Sempena bulan Syawal yang hampir menjelang tiba, apakah tip solekan pagi raya yang boleh Ady Razak kongsikan khas buat ahli GLAM Beauty Club?
Untuk tip solekan pagi raya, Ady Razak merasakan keyword yang menjadi pilihan adalah ‘timeless’. Make it less, make it simple namun masih kekal cantik. Solekan yang tidak perlu tebal, namun masih menepati dengan semua keadaan apabila pergi beraya.
2. Rutin prep muka adalah rutin yang sangat penting sebelum memulakan solekan. Kongsikan cara Ady Razak melakukan rutin prep muka untuk solekan yang tahan lebih lama ketika beraya.
Beberapa langkah untuk rutin prep muka sebelum melakukan solekan adalah selepas mencuci muka, sapukan toner pada muka. Kemudian, memakai essence bagi mendapatkan lagi lebih banyak penghidratan. Seterusnya, memakai pelembap muka dan diikuti dengan sunscreen. Ianya merupakan rutin yang sangat mudah dan basic sahaja.
3. Hari raya selalunya menjadi hari yang sibuk dan panjang. Buat mereka yang sudah seharian pergi beraya, bilakah waktu yang sesuai dan perlu untuk mencantikkan semula solekan?
Buat mereka yang setelah seharian pergi beraya, the right time untuk perbetulkan semula solekan adalah apabila kulit muka sudah terasa berminyak terutamanya apabila sudah menjelang tengah hari. Itulah tanda sudah tiba masanya untuk mencantikkan semula solekan setelah sibuk beraya. Namun tidak perlu bersusah-payah, hanya dengan menggunakan powder sahaja sudah mencukupi. Begitu juga buat mereka yang bersolat, anda boleh touch up semula solekan raya anda.
4. Apa pilihan gincu yang sesuai ketika menyambut Hari Raya bagi Ady?
Sebenarnya, pilihan gincu bergantung dengan pilihan solekan yang anda inginkan. Jika anda menginginkan solekan dengan eye look yang kelihatan strong, pastikan pilihan gincu tampak lebih relax dan tidak terlalu menonjol. Namun, jika anda lebih gemar dengan pilihan warna-warna gincu yang terang dan bold seperti merah, eye makeup yang less lebih sesuai kerana barulah ianya nampak seimbang.
5. Akhir sekali, apakah ilmu cantik buat penggemar dunia kecantikan yang Ady boleh kongsi dan ramai tidak tahu lagi?
Mungkin sudah ramai yang tahu, namun bagi Ady ilmu cantik yang semestinya berkesan adalah keep yourself hydrate! Ianya merupakan elemen yang sangat penting dalam dunia kecantikan. Jika anda mempunyai penghidratan yang mencukupi, you will totally look good!
Artikel Berkaitan: Edisi Lebaran: GLAM Beauty Club X Lancome Bersama Ady Razak