“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”- Eyka Farhana
Aktres cantik Eyka Farhana sentiasa hadir bersedia, cantik dan segar walaupun dirinya hanya tidur 1 Jam. GBC tanya apakah rahsia empunya diri rutin cantiknya di kala Take-Off.
GBC mendekati aktres cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik perhatian GBC adalah rutin penjagaan kulit wajahnya yang tidak pernah pudar momentumnya. Sentiasa bersedia dengan produk-produk penjagaan kulit wajahnya. Hendaklah sekarang ini, dia sibuk menghadiri jemputan ke acara dalam and luar negara. Bagaimana dia kekal cantik walaupun kepenatan! Ikuti sembang cantik GBC bersama Eyka Farhana. Mungkin anda boleh mengikuti nasihatnya?…
Apakah satu rutin penjagaan kulit anda yang tidak pernah tinggal walaupun anda sibuk?
Tidak kira betapa padatnya hari saya, sama ada saya di set penggambaran, ke acara, atau mengejar penerbangan lewat malam. Saya tidak pernah tinggal untuk membersihkan wajah. It’s my reset button! Muka yang bersih adalah asas untuk segala-galanya, dan ia membantu kulit saya bernafas selepas memakai solekan sepanjang hari.
Adakah anda mempunyai wangian khas atau rutin wangian?
Sudah tentu! Saya percaya wangian adalah sebahagian daripada identiti anda. Saya cenderung kepada aroma bunga-bunga lembut dengan asas musk yang hangat, sesuatu yang feminin tetapi sedikit misteri! Itulah Eyka Farhana…
Apakah nasihat kecantikan yang akan anda berikan kepada diri anda yang lebih muda?
You’re beautiful even without makeup! Oh, tidak lupa juga silalah rajin menggunakan krim pelindung sinar suria lebih awal. Penjagaan kulit bukan tentang trend, ia tentang konsistensi. Saya berharap saya lebih menghargainya secara semula jadi ketika di usia muda.
Bagaimana anda kekal segar walaupun kerap melancong atau bekerja di luar negara?
Hidrasi adalah kuncinya! Saya sentiasa membawa semburan muka dan lembaran masker (sheet mask) dalam beg saya. Sewaktu penerbangan kulit boleh menjadi sangat teruk dan kering, dan saya akan tambah bersama pelembap dan krim mata.
Artikel berkaitan Gaya Rambut ‘Bangs’ Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini

Kredit Gambar: Eyka Farhana Instagram
Apakah mitos kecantikan yang anda harap orang akan berhenti percaya?
Kulit yang sempurna bermakna kulit yang flawless. Saya sendiri kadang-kadang mengalami jerawat atau tekstur tidak sekata, ia normal! Kecantikan bukan tentang kesempurnaan, ia tentang bagaimana anda berasa dalam kulit anda sendiri
Artikel berkaitan Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X Burberry Goddess
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”