Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur Tertinggi Di Asia Pasifik Kini Dibuka - Glam Malaysia
Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur Tertinggi Di Asia Pasifik Kini Dibuka

Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur Tertinggi Di Asia Pasifik Kini Dibuka

Secara rasminya, Hotel Park Hyatt Pertama Di Malaysia kini dibuka di tengah-tengah kota Kuala Lumpur dan terletak di aras tinggi bangunan ikonik baharu Malaysia, Merdeka 118. 

Park Hyatt

Hyatt Hotels Corporation akhirnya mengumumkan pembukaan rasmi Park Hyatt Kuala Lumpur yang  menandakan kemasukan rasmi jenama hotel mewah itu ke Malaysia buat julung kalinya. Hotel ini terletak antara aras 75 hingga 114 di bangunan ikonik Merdeka 118, pencakar langit tertinggi di Asia Pasifik, ia menawarkan pengalaman penginapan serba mewah yang tiada tandingan dengan pemandangan panoramik ibu kota yang memukau kepada para pengunjung.

Park Hyatt Hotel

“Pelancaran ini membuka lembaran baharu bagi jenama Hyatt di rantau ini, dengan tiga lokasi hotel baharu dibuka di Kuala Lumpur dalam tempoh setahun, satu pengembangan yang mencerminkan kepelbagaian yang positif,” kata Presiden Kumpulan Hyatt Asia Pasifik, David Udell.

Penginapan Mewah Bab Layangan Kayangan

Park Hyatt

Park Hyatt Kuala Lumpur menempatkan sebanyak 252 bilik dan suite yang mencipta ruang istirahat yang eksklusif. Setiap bilik lengkap dengan rekaan tingkap dari lantai ke siling yang menampilkan pemandangan ibu kota yang menakjubkan dengan pencahayaan semula jadi menerangi seluruh ruang bilik. Suite direka dengan teliti bagi memberikan ketenangan dan inspirasi kala menginap. Juga menawarkan ruang tamu yang luas, bilik air serba lengkap dengan tab mandi dan pancuran hujan berasingan, pengewap mandian aromaterapi, singki berkembar, bilik persalinan, sudut bacaan peribadi, dan untuk bilik terpilih, tersedia ruang makan eksklusif yang menghadap panorama kota.

See also
Raikan Hari Wanita Sedunia 2019 Bersama Blu Inc

Park Hyatt

Keunikan setiap rekaan dalaman yang mendapat hasil sentuhan G.A Group. Berinspirasikan keindahan seni bina rumah kampung tradisional Melayu. Disambut oleh bentuk seni yang mengagumkan berserta kemasan ukiran halus di segenap ruang yang memberikan sentuhan sofistikasi. Pemidang ukiran tembaga yang bermotifkan batik canting memberikan keseimbangan antara ruang terbuka dan suasana intim. Elemen kayu semula jadi dan tekstur anyaman yang diinspirasikan oleh seni anyaman bakul tradisional dan warisan budaya Peranakan, menambah sentuhan mesra kepada ruang. Keseluruhan ruang turut diserikan dengan koleksi seni mengagumkan hasil karya artis terkenal antarabangsa yang meraikan rona dan bentuk semula jadi Malaysia. Dikurasi oleh Artlink, ia menjadi koleksi eksklusif yang menampilkan keindahan kraf tempatan dan kesenian moden.

Park

Pengalaman Gastronomi Tempatan Istimewa

Destinasi kulinari di Park Hyatt Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman gastronomi yang unik, menampilkan kepelbagaian sajian berbilang budaya di Malaysia.

Merdeka Grill

Mendefinisikan semula pengalaman gril moden. Restoran ini menampilkan pililhan potongan daging premium, makanan laut, dan hasil tempatan yang diperolehi secara mampan, lengkap dengan pilihan minuman istimewa. Dipimpin oleh Chef Eksekutif Stig Drageide, anda berpeluang menikmati hidangan istimewa yang disediakan di depan mereka seperti salmon bakar menggunakan kayu cedar, Chateaubriand, dan ais krim vanila yang dihidangkan bersama kaviar T’lur tempatan.

See also
GLAM OKTOBER 2016

Park Lounge

Sajian tradisional sepanjang hari disebalik resipi warisan Malaysia. Nikmati sajian tradisional seperti Botok Ikan dan Gulai Taucu Minang, serta hidangan istimewa yang diolah daripada hasil tempatan terbaik. Nikmati pengalaman minum petang yang unik dengan pilihan hidangan eksklusif oleh Chef Pastri Eksekutif, Holger Deh, termasuk Mille Feuille yang dihidang segar dan troli pencuci mulut yang menampilkan pelbagai pastri istimewa, termasuk pilihan vegan dan vegetarian.

Cacao Mixology & Chocolate 

Bar pertama di Kuala Lumpur bertemakan coklat. Meraikan keistimewaan koko melalui koktel bertemakan coklat, yang diadun dengan pelbagai pilihan minuman. Pelbagai manisan coklat buatan tangan turut disediakan sebagai pelengkap kepada minuman istimewa berkenaan. Para tetamu boleh menikmati setiap sajian berlatarbelakangkan pemandangan menakjubkan bandar raya serta Menara Berkembar PETRONAS dari aras tinggi, serta alunan muzik Bossa Nova. Untuk peminat coklat tegar, satu pengalaman eksklusif turut ditawarkan, termasuk lawatan khas ke dapur pastri bersama Juara Pastri Dunia dari Malaysia, dan bengkel coklat peribadi yang dikendalikan oleh pasukan pastri Park Hyatt Kuala Lumpur.

See also
GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

Park Hyatt Kuala Lumpur

Angkat Gaya Hidup Ke Tahap Tertinggi

Ruang istirahat yang terletak di tingkat 99. Park Hyatt Kuala Lumpur menyediakan ruang studio yoga yang luas, pusat kecergasan serba canggih lengkap dengan peralatan kardio Siri Integrity+ yang premium daripada Life Fitness, suite rawatan peribadi lengkap dengan bilik persalinan, ruang istirahat yang menenangkan dengan mandian wap aromaterapi dan sudut garam Himalaya, kolam menyegarkan, dan kolam infiniti sepanjang 30 meter dengan pemandangan kota yang mengasyikkan. Sebagai satu-satunya spa di Asia Tenggara yang menawarkan terapi sirkadian, sebuah pengalaman yang direka khusus bagi mengharmonikan kitaran tenaga pengunjung. Ia membantu tubuh badan mereka berasa lebih segar di waktu siang dan tidur lebih lena di waktu malam.

Park Hyatt

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi Park Hyatt Kuala Lumpur 

Artikel berkaitan Trend – Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan