4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini - Glam Malaysia
4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini

4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Serlahkan seni dekorasi rumah anda dalam sentuhan empat trend hiasan dalaman baharu tahun 2021 yang lebih selesa, mesra, sarat personaliti dan lebih individual.

Keselesaan terus menjadi tema utama dalam trend hiasan dalaman tahun ini. Sejak tahun lalu, pandemik Covid-19 telah memberikan rumah idaman dengan definisi yang baharu. Ia tidak lagi menjadi sekadar ruang untuk tidur selepas seharian bekerja, Ianya lebih selesa, mesra dan paling utama, membiaskan personaliti pemilik yang lebih individual dan unik.

Seni dekorasi yang minimalis dan serba putih akan tidak lagi menjadi trend. Ruang utama kini diserikan dengan objek perhiasan dan karya seni yang pasti membiaskan warna dan stail yang lebih segar.

Berikut adalah empat trend hangat hiasan dalaman yang perlu anda cuba tahun ini:

1. Kusyen Statement

Pasu hiasan out, kusyen statement in! Pandemik ini telah membuat kita menghabiskan lebih banyak masa di atas sofa, dan tidak sempurna sofa anda tanpa kusyen pelengkap. Paling utama, pastikan kusyen anda hadir dalam warna terang ataupun cetak yang menonjol untuk menyuntik kelainan pada ruang tamu nanti. Tambahan, anda boleh lengkapkan sofa dengan selimut yang selesa.

See also
Kediaman Persinggahan Datin Ezurin Yaacob di Nagasutra, Bali