Pemilik kediaman, Eylia Yunos, mempertanggungjawabkan pereka, Zaznuriah Zahir merealisasikan impiannya. Kata Zaznuriah mengenai ilham ruang makan kediaman ini, “Saya usulkan kepada pemilik bahawa gaya ini mengingatkan kembali pada kafe-kafe sekitar Pulau Pinang yang membawakan nafas ala kopitiam dalam dekorasi mereka. Dan secara kebetulan pula, pemilik sememangnya gemar menikmati hidangan di restoran yang membawakan konsep sebegini.”