Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan biji lada hitam sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis lagi sehingga kekuningan.
Masukkan serbuk kulit manis dan serbuk halia. Tumis sehingga campuran menjadi likat dan pekat. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan tomato dan terus kacau.
Masukkan air. Biar mendidih seketika. Tambah madu dan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan ayam, buah-buahan kering dan labu. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, dan biarkan mereneh dengan api perlahan selama 30 minit.
Hias bersama taburan daun ketumbar, hirisan badam dan lebihan buah prun dan apricot.