Apresiasi Masa Hublot Classic Fusion - Glam Malaysia
Apresiasi Masa Hublot 01

Apresiasi Masa Hublot Classic Fusion

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lihat katalog berkaitan: Hublot

Memadukan dua ruang waktu yakni saat silam dan masa hadapan; himpunan Classic Fusion menterjemahkan semula keanggunan klasik berbalas gaya avant-garde kreasi Hublot.

Diperkenalkan tahun 2008, keterampilannya dibingkis unik lagi unggul dengan seleksi rekaan material mahupun rona. Paling utamanya, Hublot Classic Fusion menampilkan variasi komplikasi dari kronograf, paparan fasa bulan atau sekadar indikasi ringkas jam, minit dan saat. Anzalna Nasir, Christinna Kuan, Daiyan Trisha, Hael Husaini, Izara Aishah dan Remy Ishak membarisi lembaran apresiasi masa Hublot.

Izara Aishah menggayakan Hublot Classic Fusion Titanium Blue Diamonds 38 MM

Saya memakai jam tangan bukan kerana ia adalah aksesori. Saya terpaksa mengambil tahu mengenai aturan masa saya kerana ia amat penting. Sebagai seorang yang baru bergelar ibu, masa begitu mencemburui kita dan tidak menunggu kita. Banyak perkara yang perlu dibereskan saban hari. Sejujurnya, saya masih mencari keseimbangan atau momentum yang tepat untuk menjadi ibu dan individu yang proaktif. Tidak lupa juga, menguruskan hal peribadi seperti kerja, menjaga suami serta meluangkan masa yang agak terhad kala ini bersama seisi keluarga juga teman-teman rapat. Itu tidak termasuk di dalam bab menjaga kesihatan, kecantikan mahupun kecergasan diri.

Izara Aishah
Remy Ishak mengenakan Hublot Classic Fusion Aerofusion King Gold 45 MM

Sejujurnya, saya tidak begitu menghargai masa saat usia di awal 20-an. Kala itu, jarang sekali saya memakainya kerana berpendapat lebih senang untuk melihat masa dari balik skrin telefon bimbit. Juga saya bergantung pada jam dinding di mana saja saya berada. Namun, bila usia berganjak memasuki usia 30-an, barulah saya sedar waktu bersilih ganti dengan begitu cepat. Demikian saya runsing melihatkan matlamat peribadi yang masih bergunung untuk dikecapi. Bila duduk berseorangan, saya merefleksi diri langsung mempercayai saya banyak membazir masa. Kala itulah baru saya sedari yang saya memerlukan seutas jam bagi menjejaki masa lalu mengemudi perencanaan.

Remy Ishak

Lihat katalog berkaitan: Hublot

See also
Sinar Tari Tambour Horizon Light Up